BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 29, 2012

Black & Malique - Teman Pengganti [OFFICIAL VIDEO]



Hero suka lagu kat atas ni. Bila hero amati lirik lagu ni, sedih sebenarnya kisah yang cuba disampaikan. Tapi bila tengok je video klip dia, hero tepuk dahi. Adeh..xtahu kenapa hero rasa spoil. Lagu yang sedih, tapi hero rasakan penghayatan yang kurang dari Black. Tak mengapalah. Kita layankan je la lagu ni..

Thursday, June 14, 2012

Ada banyak perkara yang menyentak hati dan fikiran hero. Rasa lelah, rasa sakit, rasa marah, rasa sedih, berkumpul menjadi satu rasa yang hero sendiri payah nak tafsir. Saat-saat begini, hero bersyukur, petang ini hero akan melihat wajah ayahanda dan bonda hero. Satu nikmat sebenarnya bila dapat menatap wajah kedua orang yang banyak berjasa untuk kita. Satu kelegaan, bila dapat berjumpa dengan mereka. Akan hilang semua rasa sesak dan bengkak di dalam hati. Merekala penawar dan kekuatan yang hero ada sekarang ni. Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. Hero tahu,ramai yang terluka dengan apa yang dah hero buat, tapi percayalah,pasti akan ada hikmahnya..Terasa seperti hero mahu membawa diri. Ada sesuatu di dalam hati yang terbuku, yang tak mampu untuk hero bendung. Ada rasa kecewa yang hero sendiri tak dapat nak luah. Hero akan sabar, akan sentiasa untuk cuba tenang dan rasional. Hero nak jadi orang yang sabar, sabar dan terus sabar. Tetap yakin,semua dugaan,pasti ada hikmahnya..