yes, memang hero tengah mengejar pelbagai dateline sekarang. semua nak kena setel dalam masa beberapa minggu ni. jadi, hero kena lebih fokus, siapkan semua kerja satu persatu..
Camni la perasaan hero sekarang,ha ha ha
Wednesday, April 14, 2010
Kerja Banyak
Posted by Mambang Tanah at 10:56 AM 1 comments
Tuesday, April 13, 2010
Impian @ Mimpi?
Berimpian atau bermimpi? dua istilah yang berbeza tapi mempunyai maksud yang sama? hero pun ada impian atau mimpi hero. untuk masa sekarang,ada tiga impian yang hero nak laksanakan. ok,sebelum tu,hero nak tekankan,semua impian ni tak dapat menandingi impian hero yang teratas la,iaitu mengunjungi rumah Allah, di Mekah. tak kisah la,dapat buat umrah pun jadilah. janji hero dapat jejakkan kaki ke sana.
pertama,hero nak menonton perlawanan secara lansung yang membabitkan pasukan kegemaran hero, Liverpool di stadium Anfield, Liverpool, England. selama menjadi penyokong Liverpool, hero memang kagum dengan semangat yang ditunjukkan penyokong2 Liverpool di stadium keramat tu. sentiasa memberi semangat kepada pemain2 Liverpool. hero nak rasa sendiri gegak gempita sorakan di kelilingi peminat Liverpool sendiri. hero nak sama2 menyanyikan lagu u will never walk alone, nak sama2 menjeritkan nama2 pemain2, sama2 menjerit memberi semangat, sama2 memaki pemain pihak lawan,hahahaha..impian yang sebolehnya akan hero cuba untuk mencapainya.
Stadium Anfield


Suatu hari, hero pun akan berdiri di kalangan fans Liverpool di Anfield
kedua, hero nak sambung lagi belajar ke peringkat PhD. negara impian hero, New Zealand. mungkin hero rasa NZ sebuah negara yang cantik. menjadi impian hero juga nak bawak sekali mak ayah hero bersama2. hm,kalau dah kahwin, hero nak bawak sekali isteri hero,hehehehe..ini pun salah satu impian yang nak sangat hero tunaikan..

Peta New Zealand

salah satu tempat cantik di NZ - Anaura Bay, Gisborne
impian hero yang terakhir, hero nak beli tanah, hero nak buat rumah untuk hero dan keluarga hero.ya,buat masa sekarang,hero masih solo,sebab tu hero kena rancang dari sekarang. supaya bila hero dah berkeluarga,segalanya sudah tersedia. walaupun hero tau,mak ayah hero mungkin taknak,tapi hero nak juga ajak diorang tinggal dengan hero. hero nak senangkan diorang. biar hero jaga diorang sampai akhir hayat diorang.

tak boleh blah betul rumah impian hero? macam rumah dalam drama2 melayu je,hahahaha..ini gamba hiasan je,tapi kalau dapat rumah macam ni pun,ok gak kan,hehehe..ini baru dikatakan bermimpi,ahaks
semoga suatu hari hero dapat laksanakan semua impian hero. insyaAllah, dengan kuasa Allah, tak mustahil semuanya dapat dilaksanakan. yang penting,terus berusaha dan berdoa..
Posted by Mambang Tanah at 1:18 PM 1 comments
Wednesday, April 7, 2010
Buku
Hero suka jugakla membaca. Apa jugak bentuk penulisan yang boleh di baca, hero akan baca, termasukla majalah, novel, kertas iklan, papan billboard, suratkabar. tapi akhir2 ni, hero kalau baca suratkabar, terus baca yang bahgian sukan je. Muak nak baca yang depan, asyik cerita tentang cerita palsu dunia politik. dok memuji diri sendiri,hehehee..
Buku terbaru yang sedang hero baca sekarang bertajuk "Obama: Antara Islam, Israel & Amerika". baru baca tiga bab. 3 bab terawal ni masih bercerita tentang awal kehidupan beliau. tempat kelahiran, tempat membesar, dan pendidikan awal. Agak menarik,tapi masih belum habis2 gak lagi,hehehe..
Sebelum tu, hero baca buku tentang perjuangan Salahudin Ayubi. Bagaimana beliau membimbing tentera Islam, berjihad menentang tentera Kristian untuk menakluk Jerusalem. Di mana di situlah terletak masjid yg menjadi kiblat pertama umat Islam di dunia iaitu Masjidil Aqsa. Buku yang menceritakan kehebatan iman umat Islam terdahulu. Mencari syurga dengan cara mengejar jihad. Masya Allah..rasanya tak berjumpa lagi manusia yang sebegitu hebat imannya di zaman moden ni.
Selain dua buku di atas, ada beberapa buku lagi yang memberi kesan pada hero. Pertama,buku karya Allahyarham Nasir P. Ramlee, bertajuk "Bapaku P. Ramlee". Nasir menceritakan kehidupannya bersama P. Ramlee, dari beliau kecil hinggalah P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir. Betapa P. Ramlee seorang yang sangat menghambakan dii pada seni, sehingga beliau tidak mempunyai sebarang harta setelah kematiannya, sedangkan P. Ramlee adalah sebuah nama yang sangat besar. Seorang yang sangat pemurah,yang sentiasa cuba berbuat baik pada orang lain. satu petikan ayat yang masih tersimpan dalam hati hero,bila Nasir bertanya pada dia,kenapa dia masih ambil orang2 yang selalu kutuk dia,berlakon dalam filem2 dia.P Ramlee jawab "biarlah diorang tak suka Daddy, Daddy ttp suka diorang". betapa besarnya jiwa beliau. Hero pun nak jadi org berjiwa besar macamtu. Biarlah apa org nak wat kat kita, bkn hak kita utk membalasnya.
Dalam kita bergelak ketawa menonton filem2 lakonan dan arahannya, ada juga kisah duka yang di sembunyikan, yang tidak pernah di ketahui oleh orang luar. Hero memang peminat P. Ramlee. Tak pernah jemu menonton filem2 beliau, walaupun dah berulang kali disiarkan. dah boleh hafal dialog pun,hehehe.. Ada satu folder dlm pc hero yang penuh dengan lagu P. Ramlee je. Dia memang seorang lagenda..
Buku lain hero suka, "Tersungkur Di Pintu Syurga". Yang ni memang terbaikkk.. Di tulis dr pengalaman sebenar penulis buku ni ketika beliau masih di dalam al-arqam. Bagaimana perjuangan al-arqam yang bermula dgn perjuangan Islam,sikit demi sedikit terpesong hingga akhirnya di haramkan akibat penyelewengan ketua mereka, Ashaari. Sayang, kalau tak,arqam ni la yang mula2 kenalkan mee, kicap, tauhu dan mcm2 lg la, buatan orang Islam, yang mana sebelum ni semua produk tu di keluarkan oleh pengeluar bukan Muslim. Gara2 nafsu, kerja baik pun boleh terpesong..
Lagi, hero suka buku "Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara". sebuah buku yang di tulis berdasarkan pengalaman sebenar Syed Husin Ali di tahan ISA dalam tahun 70an. Pengalaman ditahan di Kamunting bertahun2. Antara rakan2 beliau yang turut ditahan bersama beliau masa tu adalah Anwar Ibrahin dan Ibrahim Ali. Anwar dah jadi ketua pembangkang,perjuangan masih selari dengan Syed Husin, Ibrahim lak,nampaknya dari zaman kena tahan kat Kamunting pun,memang jenis yang boleh dibeli. Jadi..memang tak hairan lagi dengan perangai Berahim ni,hehehehe.
Buku terakhir hero nak cerita bertajuk "Buaya Mati Dua Kali". Ini buku fiksyen. Buku cerita tentang seorang pelajar lelaki bernama Ali ternampak satu pembunuhan,di tawan, di bawak naik ke atas kapal dan di bawa bersama untuk mencari harta yang di sembunyikan. Sepanjang pelayaran dan perjalanan mencari harta tu, Ali melalui pelbagai peristiwa ngeri dan menakutkan. Berhadapan dengan kekejaman penculik2nya, tapi akhirnya, Ali juga yang membunuh mereka. fuh,mmg sedap citer dia..
*gambar atas ni bukan kulit buku cerita buaya tu,tapi sebab hero dah tak jumpa gamba buku tu,hero ambik je la gamba buaya ni,ha ha ha
Nota Kaki Bola: Ikutkan,banyak buku yang dah hero baca. Tapi yang kat atas ni yang hero rasa betul2 best. Akan datang,hero nak cari buku "Natrah Cinta Rusuhan dan Airmata pulak".
Posted by Mambang Tanah at 3:29 PM 1 comments