BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 13, 2010

Impian @ Mimpi?

Berimpian atau bermimpi? dua istilah yang berbeza tapi mempunyai maksud yang sama? hero pun ada impian atau mimpi hero. untuk masa sekarang,ada tiga impian yang hero nak laksanakan. ok,sebelum tu,hero nak tekankan,semua impian ni tak dapat menandingi impian hero yang teratas la,iaitu mengunjungi rumah Allah, di Mekah. tak kisah la,dapat buat umrah pun jadilah. janji hero dapat jejakkan kaki ke sana.

pertama,hero nak menonton perlawanan secara lansung yang membabitkan pasukan kegemaran hero, Liverpool di stadium Anfield, Liverpool, England. selama menjadi penyokong Liverpool, hero memang kagum dengan semangat yang ditunjukkan penyokong2 Liverpool di stadium keramat tu. sentiasa memberi semangat kepada pemain2 Liverpool. hero nak rasa sendiri gegak gempita sorakan di kelilingi peminat Liverpool sendiri. hero nak sama2 menyanyikan lagu u will never walk alone, nak sama2 menjeritkan nama2 pemain2, sama2 menjerit memberi semangat, sama2 memaki pemain pihak lawan,hahahaha..impian yang sebolehnya akan hero cuba untuk mencapainya.





Stadium Anfield






Suatu hari, hero pun akan berdiri di kalangan fans Liverpool di Anfield



kedua, hero nak sambung lagi belajar ke peringkat PhD. negara impian hero, New Zealand. mungkin hero rasa NZ sebuah negara yang cantik. menjadi impian hero juga nak bawak sekali mak ayah hero bersama2. hm,kalau dah kahwin, hero nak bawak sekali isteri hero,hehehehe..ini pun salah satu impian yang nak sangat hero tunaikan..



Peta New Zealand




salah satu tempat cantik di NZ - Anaura Bay, Gisborne


impian hero yang terakhir, hero nak beli tanah, hero nak buat rumah untuk hero dan keluarga hero.ya,buat masa sekarang,hero masih solo,sebab tu hero kena rancang dari sekarang. supaya bila hero dah berkeluarga,segalanya sudah tersedia. walaupun hero tau,mak ayah hero mungkin taknak,tapi hero nak juga ajak diorang tinggal dengan hero. hero nak senangkan diorang. biar hero jaga diorang sampai akhir hayat diorang.



tak boleh blah betul rumah impian hero? macam rumah dalam drama2 melayu je,hahahaha..ini gamba hiasan je,tapi kalau dapat rumah macam ni pun,ok gak kan,hehehe..ini baru dikatakan bermimpi,ahaks


semoga suatu hari hero dapat laksanakan semua impian hero. insyaAllah, dengan kuasa Allah, tak mustahil semuanya dapat dilaksanakan. yang penting,terus berusaha dan berdoa..

1 comments:

Unknown said...

InsyaAllah,,semoga segala impian akan jdik knyataan..wink2*~,,ehe