BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 1, 2010

Cinema Cinema Cinema!

HERO memang suka tengok wayang.dlm masa tiga minggu ni,6 cerita yg hero pergi tengok. Pergh...lpas ni,3-4 bulan lak baru hero pergi menonton lagi.Takpelah, time budak2 cuti ni lah hero nak berenjoy sakan sikit. Kot tak,tak merasa.Pertama, hero menonton "Furry Vengeance".Cerita tentang haiwan2 liar menagmuk dan mengenakan manusia yang hendak menghapuskan hutan tempat tinggal mereka untuk dibangunkan. Ok,best jugak. Hero layan..



Kedua, hero menonton cerita "A Nightmare on Elms Street", cerita seram thriller yang pada pandangan hero takdelah seseram mana pun. Tambahan lagi,konsentrasi hero terganggu gara2 sepasang kapel yg dok selang sebuah kerusi dr hero,membuat onar. Kerusi hero turut sama bergoyang2,hasil dari aktiviti lain yang mereka lakukan,ditambah pula dgn dengusan2 kecil yg sampai ke cuping telinga hero.Hero pun mulalah gatal nak menjeling,nak pastikan,apekebende la yang diorg ni buat. Cilakak betul,nak beromen,pergilah tempat lain. Ini kat tempat awam,tak malu ka??ceit!




"adakah begini lebih kurang perlakuan kapel yang duduk selang sebuah dari kerusi hero sehingga hero turut sama merasakan gegarannya??"


Ketiga, hero tengok cerita "Diary of Wimpikid". Best gak,cerita tentang seorang budak yang cuba untuk menjadi dewasa. Dia cuba mengubah diri dia,tak mahu lagi bersikap kebudak-budakan,sehingga dia seolah2 tak mahu lg menjadi diri dia yang sebenar. Cuba menarik perhatian dan menjadi popular di sekolahnya,tapi cara yg salah menyebabkan dia di jauhi. Okla..Kelakar, ringan, cerita yang diadaptasi dari novel yang menggunakan tajuk yang sama.



Lagi, hero tengok "Robin Hood". Hero mulanya takde keinginan lansung nak tengok citer ni. Hero tak minat sangat cerita berbentuk epik ni. Tapi setelah diajak oleh kawan,hero ikut jugalah. Dan hasilnya,setelah keluar panggung, perghhh...Hero memang sangat puas hati.. Rasa nak tengok lagi sekali. Cerita tentang kehidupan Robin Hood sebelum dia menjadi Robin Hood dan kenapa dia berubah menjadi Robin Hood. er..Maksud hero,kenapa dia berubah menjadi pencuri. Pencuri hasil org kaya untuk diagihkan kepada orang miskin. Mungkinkah cerita ni akan ada sambungannya?



Filem seterusnya yang hero tonton ialah "Shrek, Forever After". Hmm..kelakar,cerita gergasi hijau, yang bosan dengan kehidupan barunya, yang sama je setiap hari. Menyebabkan Shrek membuat perjanjian dengan seorang ahli sihir untuk kembali ke kehidupan lamanya hanya untuk satu hari. Tanpa Shrek sedar, dia sebenarnya terpedaya, dan dia hilang segala2nya, isteri yang cantik (er..cantik dikalangan gergasi hijau kot,hahahaha), anak2,kwn2 dan hidup yang aman. Bila dia sedar dia ditipu,dia berusaha untuk mendapatkan balik segala yang dia pernah ada.. Ini merupakan siri terakhir Shrek yang difilemkan..Takde lg Shrek selepas ini.



Last sekali, hero menonton Prince of Persia: The Sands of Time. Dari segi jalan cerita hero rasa biasa je. Hanya tentang pisau ajaib yg boleh mengembalikan masa lalu. Gadis2 kat luar tu,kalau diorg tengok cerita ni,hanya nak tengok hero filem ni yang kononnya sangat hensem dipandangan mata mereka. Ceit,orang tengok cerita,dia sekodeng watak yang berlakon lak,hahaha..Dari segi aksi,lompat sana sini,boleh tahan la.Tapi hero tetap rasa Robin Hood tetap movie yang terbaik antara 6 movie yang hero tonton ni.




err..yang sebelah kanan tulah hero Prince of Persia yang jadi kegilaan ramai tu..awat semacam je hero tengok dia dengan mamat depan dia tu? hensem ka macamtu?
(adakah nada kejelesan hero sangat ketara?hahahaha)


*nota kaki bola: apa lagi cerita menarik yang akan keluar lepas ni ye?

0 comments: