DIA akui, dia pernah berbohong. Menipu pada seseorang yang disukainya. Amat suka. Namun apabila difikirkan kembali, dia tidak mendapat sebarang manfaat atas segala penipuannya itu. Ya, kerana menipu, hati seseorang terluka, hati seseorang berdarah. Tapi, begitu juga hatinya. Dia tidak menipu kerana ingin mendapatkan kekayaan, tidak juga menipu,lalu mencemarkan maruah seseorang, dia menipu kerana sukanya dia terhadap seseorang itu, lalu dia ingin mengambil risiko. Dia cuba untuk menebus kembali segala kesalahan yang pernah dia lakukan, tapi sehingga kini, dia sedar, usahanya itu tak ubah seperti melakukan sesuatu yang sia-sia.
Dia sedar, betapa manusia boleh menjadi sangat bodoh pabila menyukai seseorang. Betapa manusia boleh menjadi seorang yang sangat penyabar, bilamana rasa sukanya itu, tidak pula berbalas. Betapa manusia itu, boleh menjadi seorang yang sangat perasa, bila mana dirinya tak dihargai, tak juga dipandang walau sebelah mata. Betapa manusia itu boleh pula menjadi seorang yang pemurah untuk mendoakan kebahagiaan orang yang disukainya, walaupun kebahagiaan seseorang itu, kelukaan pula di hatinya. Betapa manusia itu sangat mampu untuk berpura-pura seolah-olah dirinya gembira, semata-mata tidak mahu orang yang disukainya melihat kesedihan yang sangat mendalam di sudut hatinya.
Dia akhirnya akur, dia hanya mampu bermimpi, malahan dia berharap dia akan ditemani mimpi2 disetiap lenanya. Hanya di dalam mimpi itu, dirinya dilayan seperti apa yang diharapkan, bertemu kegembiraan dan gelak tawa, dihargai dan dan dihormati, disukai serta disayangi..
Monday, January 17, 2011
DIA?
Posted by Mambang Tanah at 12:56 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment