BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 10, 2011

3 minggu yang lepas,ketika hero bercuti seminggu di rumah ayah bonda.

"Hari ni ma nak masak apa ya?awak ada rasa nak makan apa2?" ibu hero pandang muka hero. Hero hanya diam. Berfikir. Beberapa ketika kemudian,baru hero bersuara.

"Dah lama juga kita tak makan sup fish ball ikan tenggiri,kan ma?Kot buat sup tu,best gak."

"Ha,ok gak tu.Tapi kalau buat sup,apa lauk yang pedasnya?" tanya bonda lagi. Hero garu kepala. Ting! Hero dapat idea lagi.

"Ok,kalau kita dah ada sup,apa kata yang pedas,ma masak terung goreng sambal cili padi ke,terung goreng berlada ke,perghh..mesti terangkat punya!" sambil tersengih hero tengok muka ma.Terasa air liur kecur dalam mulut hero.

"Bolehla..nanti ma pergi kat lori chong,tengok kalau dia ada bawak ikan tenggiri pagi ni." Bonda bangun, bersiap dan terus pergi ke lori Chong. Tak jauh,biasanya kalau berjalan kaki,tak akan sampai 3 minit pun dah sampai.

10 minit kemudian ibu hero dah kembali ke rumah. Belum pun duduk,dia dah bersuara.

"Ikan tenggiri tak ada la..dekat Chong tadi pun,tak banyak sangat ikan.." sedikit hampa kedengarannya suara ibu hero.

"Takpelah ma,kalau macam tu. Saya tak kisah. Apa ikan yang ada pun,tak kisahlah ma." hero sengih2 sambil tengok muka ibu hero. Tak mahu dia rasa ralat. Dah tak ada,nak buat macamana. Hero bukan anak kecil,yang mesti dituruti segala kemahuannya. Bukan juga anak raja, yang mesti dipenuhi setiap kata-katanya.

Maka, hari itu berlalu dengan ibu hero masak ikan kembung goreng berlada.

Hari ini, 10 Jun 2011.

Hero dalam perjalanan pulang ke rumah ayah bonda dari bumi hang jebat ketika handphone hero tiba2 berbunyi. Nama kak long hero terpapar di skrin.

"Assalamualaikum" sape hero.

"Waalaikumussalam..awak kat mana?"

"Masih di Laluan Gajah, tapi dah on the way balik. Kenapa kak long?"

"Ha, awak balik lambat2,kitorang habiskan lauk ni. Ni ma masak sup fish ball, dengan terung goreng berlada ni,hehehe."

"Hah?? orang dah on the way ni. Lagipun,takkan korang sanggup nak habiskan,hek hek hek." eleh,hero tahu,kakak hero tu sekadar cakap aje..

"Ni pun,ekor ikan tenggiri ni,ma suruh tinggal untuk awak. Tapi awak lambat,biar kak long, aidil yang habiskan. nampak sedap ni,hehehe.." tak habis lagi kakak hero nak provoke hero. Kang hero jadi tak sabar, hero tergesa2 balik,tekan minyak dalam2,jadi apa2,sape yang susah? gerutu hero dalam hati,hehehe..

"Yelah,kalau dah nak jadi rezeki awak,awak makan je la,ehe..jumpa kat rumah kang. assalamualaikum."

Sampai saje di rumah, salam semua orang,hero terus tuju ke dapur. Walaupun perut hero masih kenyang,hero ambil juga sepinggan nasi,senduk semangkuk sup fish ball,terung dan terus duduk kat meja. Ekor ikan tenggiri kegemaran hero juga ada atas meja tak terusik.

"Bismillahirrahmanirrahim.."

Masya Allah..Apakah yang lebih sedap jika dibandingkan dengan masakan dari air tangan ibu? Kalau ikut nafsu hero,memang rasa nak tmbah lagi,tapi perut hero betul2 dah penuh.

Tengah hero menyuap nasi, ibu hero masuk menjengah dapur.

"Ha,lepas dah la hajat awak.Nak jadi rezeki awak juga,tinggal sekor je lagi ikan tenggiri kat Chong tadi. Dapatla ma beli".

Entah kenapa, tekak hero rasa kesat. Sungguh, hero dah tak ingat lansung tentang sup fish ball, tentang terung goreng berlada. Tapi seorang ibu,tak pernah lupa. Sentiasa ingat keinginan seorang anak. Sentiasa cuba memenuhi setiap kata2 yang keluar dari mulut anak2nya walau itu mungkin hanya sekadar kata2. Sungguh juga, hero sangat terharu. Ya Allah..tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan hero.

Hanya seorang ibu juga, yang akan tetap menerima anaknya,tatkala yang lain menjauh, yang lain tak endah.
Tetap menerima anaknya,walaubagaimanapun anaknya itu..

Ya Allah..besarnya pengorbanan seorang ibu..
Ya Allah..sungguh hero rasa tak layak menerima semua layanan ini dari seorang manusia agung bernama Ibu..
Ya Allah..tak mampu rasanya untuk membalas segala jasa2 ibu terhadap hero dari hero kecil sehingga kini..

Ya Allah,panjangkan umur ibuku seratus tahun lagi,supaya dapat aku membalas segala jasa2nya kepadaku,walau aku tahu,tidak akan mampu untuk aku membalasnya..
Ya Allah,rahmati ibuku, berkati ibuku,kasihi ibuku sebagaimana Kau mengasihi para kekasihMu, Ya Allah,Kau berikan segala kesenangan kepada ibuku. Ya Allah,jadikan juga aku manusia yang mengenang segala budi dan jasa ibuku. Jauhkan aku dari menjadi seorang tanggang, ataupun alqomah. Beri aku kesempatan untuk menggembirakan ibuku,ya Allah..

Ya Allah, perkenankanlah..

*ma..saya cuma ada ma je dalam dunia ni..

0 comments: