BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 4, 2011

4 Bulan

4 bulan berlalu setelah hero kemalangan. Hero dah mula bekerja, dan sebenarnya dah 2 bulan pun hero kembali ke pejabat. Kerja yang bertimbun. Ke hulu ke hilir mengejar dateline, mengikut arahan. Sengal-sengal kat kaki? Abaikan.

Sungguh hero ngeri bila teringat kembali kemalangan yang menimpa hero 4 bulan lepas. Allah masih panjangkan umur hero. Jika sedikit ke tengah kereta hero,harusla penghadang jalan itu akan menembusi kepala Hero dan mungkin sekarang Hero sedang menghadapi azab kubur. Na'uzubillahiminzalik. Allah panjangkan lagi umur hero,tapi kenapa masih juga hero menjadi manusia yang leka?

Pelbagai ujian akhir-akhir ni memaksa hero untuk kembali muhasabah diri. Allah...banyak dosa hero sebenarnya..Mungkin kerana itu Allah uji hero dengan kemalangan ini,dengan fitnah ini, supaya hero sentiasa ingat,bahawa Dia lah yang Maha Agung, Maha Berkuasa. Seumur hidup hero,rasanya inilah ujian paling besar yang Allah bagi pada hero. Kecederaan fizikal dan mental,serta emosi secara serentak. Allah nak tunjukkan pada hero,dalam keadaan hero diuji,hero masih ada kawan-kawan yang sama-sama menangis, masih ada keluarga yang setia disisi. Sesungguhnya hero tak keseorangan. Allahurabbi,besar kuasaMu.

Perjalanan ke Surabaya menziarahi makam2 Wali Songo di sana turut membuka mata hero. Beratus tahun mereka telah meninggalkan bumi ini,tapi kubur mereka tak pernah sunyi dari dialunkan zikrullah. Bersilih ganti kubur mereka diziarahi. Lantas terfikir dibenak hero,siapakah yang akan mendoakan untuk hero bila hero sudah tiada? Adakah yang akan menghadiahkan kalimah-kalimah suci untuk hero nanti?

Ya Allah..Tetap juga hero hamba yang lemah,tapi hero sedar,itu bukan alasan untuk hero mengiyakan segala perlakuan mungkar hero. Dengan rahmatMu,bimbinglah hambaMu ini ya Allah,kasihanilah hambaMu ini, ya Allah..

Monday, September 19, 2011

Watak manusia

Ya,ini tongkat hero. Terpaksa pakai buat sementara waktu.

Masa hero sakit ni,pelbagai watak manusia yg Allah tunjukkan pada hero. Masa ni la kita boleh nampak,siapa kawan masa susah,siapa kawan hanya untuk bergembira. Alhamdulillah,masih ramai yang mengambil berat tentang diri hero. Jadi bersyukurla. Kenapa mesti bersedih jika hanya seorang dua yang menjauh?

Argh..bila hero baca balik entry2 hero,nampak beza antara entry awal2 dulu berbanding entry2 terakhir ni. Ini mesti diubah, hero mesti berubah.

Wednesday, September 14, 2011

Cuti lama

Masuk minggu ni,dah sebulan lebih hero bercuti. Bosan? Yup,sebab cuti ni atas sebab keterbatasan hero untuk bergerak. Kejadian berlaku pada 13 Ogos 2011. Baru sebulan. Ikut rasa,hero tak sabar untuk berjalan kembali dan mula bekerja. Duduk di rumah tanpa berbuat apa2,beku rasanya otak.

Semoga dalam seminggu dua lagi,Allah akan izinkan hero kembali berjalan..


Friday, August 12, 2011

ungu-percaya padaku[HD] video clip



Wednesday, July 20, 2011

Baru sampai

16 july - 19 july,hero bercuti ke Sabah. Hero baru sampai rumah ni dalam pukul 0140. Banyak rasanya perkara-perkara yang nak diceritakan tapi nanti dululah. Letih sangat rasanya. Cuma hero nak bagitau,inilah percutian yang paling menyeronokkan yang pernah hero lalui. Best!

Satu hari nanti, hero akan kembali ke Sabah..

Wednesday, July 13, 2011




Monday, June 20, 2011

"Setinggi-tinggi akhlak ialah bilamana orang lain mendapat menanfaat dari diri kita, dan yang paling lemah akhlaknya itu pabila kita tidak menyusahkan orang lain"
Teluk Intan, 20 Jun 2011


Hero suka petikan ayat di atas,disampaikan oleh seorang ustaz tempat hero menuntut kini. Maksudnya ialah,biarlah orang yang mendapat manfaat atas setiap apa yg kita lakukan. Contohnya, kita belanja orang goreng pisang,maka orang itu dapat manfaat sebab kita belanja goreng pisang. Jangan pula kita menjadi manusia yang menyusahkan orang lain. Contoh,bila tengok wayang, tinggal je bekas popcorn,bekas air dalam panggung,dengan alasan,nanti akan ada orang yang kutip. Bukankah itu kita dah menyusahkan orang lain? Maka, kita pilihla, akhlak bagaimana yang kita kehendaki.

Friday, June 17, 2011

Hari ni hero akan meneruskan perjalanan yang jauh. Meninggalkan semuanya. Hanya hero seorang yang akan pergi. Amanla mereka semua di sini.

Thursday, June 16, 2011

Berhenti

AKHIRNYA, hero nekad. Hero akan lepaskan. Hati hero dah berkata-kata, "cukuplah..aku dah letih.. Sebagai seorang kawan pun,kau tak diperlukan. Ada atau takdenya kau,sama je bagi dia".

So,inilah akhirnya keputusan yang hero ambil. Sakit? Ahh..Malas nak fikir.

"Don't you think,you are wasting your time?" kata seorang teman.

Yup, betul kata dia. Hero memang membuang masa selama ini. Cuba dari dulu hero berhenti, kan selamat semuanya. Hero bersyukur, tetap ada kawan-kawan lain yang sentiasa ambil berat tentang hero, yang nak tengok hero gembira. So,merekalah yang akan hero hargai. Kawan-kawan yang ada masa hero susah dan senang. Tak semua benar-benar tau keadaan diri hero,tapi mereka yang tahu itu,terima kasih sebab banyak menasihati hero. Itulah kawan, tidak hanya menyalahkan bila hero salah, tapi memberi jalan,menaikkan semangat,supaya menghadapi segala ketentuan Allah ni. Ini ujian Allah untuk hero. Hanya Allah yang mengetahui kenapa hero diuji sebegini.

Hero pasrah,hero lega,dan hero juga rasa lebih gembira. Inilah keputusan yang terbaik yang boleh hero ambil untuk diri hero dan juga dia. Hero ada masa depan, hero ada keluarga, hero ada kawan-kawan. Jagalah baik-baik apa yang hero miliki sekarang. Tak perlu lagi mengejar pada perkara yang memang tidak akan hero miliki. Tak perlu diungkit apa yang telah berlaku. Semua itu kenangan, dan tetap juga akan hero ingat sebagai antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup hero.

Apa yang berlaku,tak mungkin dapat hero ceritakan pada sesiapa pun. Jadi daripada terus menanggung beban, baik hero lepaskan. Yakin yang hero tak akan rugi apa-apa dengan keputusan yang hero ambil.

Berhenti berharap dan teruskan melangkah.

Tuesday, June 14, 2011

Berlari

Hari-hari hero akan berlari. Memang antara perkara yang hero suka buat bila otak hero agak berserabut ialah hero akan berlari.Tak kira petang,atau malam. Berlari dan terus berlari, seolah-olah hero nak lari dari segala-galanya. Seolah-olah juga hero lari dan meninggalkan perkara-perkara yang menyedihkan, yang menyakitkan. Selagi terdaya, tetap juga hero akan terus berlari.

Saturday, June 11, 2011

ADA BAND - SENANDUNG LAGU CINTA



*kadang-kadang,biarkan hanya lagu yang berbicara..

Hanya gambar



Friday, June 10, 2011

3 minggu yang lepas,ketika hero bercuti seminggu di rumah ayah bonda.

"Hari ni ma nak masak apa ya?awak ada rasa nak makan apa2?" ibu hero pandang muka hero. Hero hanya diam. Berfikir. Beberapa ketika kemudian,baru hero bersuara.

"Dah lama juga kita tak makan sup fish ball ikan tenggiri,kan ma?Kot buat sup tu,best gak."

"Ha,ok gak tu.Tapi kalau buat sup,apa lauk yang pedasnya?" tanya bonda lagi. Hero garu kepala. Ting! Hero dapat idea lagi.

"Ok,kalau kita dah ada sup,apa kata yang pedas,ma masak terung goreng sambal cili padi ke,terung goreng berlada ke,perghh..mesti terangkat punya!" sambil tersengih hero tengok muka ma.Terasa air liur kecur dalam mulut hero.

"Bolehla..nanti ma pergi kat lori chong,tengok kalau dia ada bawak ikan tenggiri pagi ni." Bonda bangun, bersiap dan terus pergi ke lori Chong. Tak jauh,biasanya kalau berjalan kaki,tak akan sampai 3 minit pun dah sampai.

10 minit kemudian ibu hero dah kembali ke rumah. Belum pun duduk,dia dah bersuara.

"Ikan tenggiri tak ada la..dekat Chong tadi pun,tak banyak sangat ikan.." sedikit hampa kedengarannya suara ibu hero.

"Takpelah ma,kalau macam tu. Saya tak kisah. Apa ikan yang ada pun,tak kisahlah ma." hero sengih2 sambil tengok muka ibu hero. Tak mahu dia rasa ralat. Dah tak ada,nak buat macamana. Hero bukan anak kecil,yang mesti dituruti segala kemahuannya. Bukan juga anak raja, yang mesti dipenuhi setiap kata-katanya.

Maka, hari itu berlalu dengan ibu hero masak ikan kembung goreng berlada.

Hari ini, 10 Jun 2011.

Hero dalam perjalanan pulang ke rumah ayah bonda dari bumi hang jebat ketika handphone hero tiba2 berbunyi. Nama kak long hero terpapar di skrin.

"Assalamualaikum" sape hero.

"Waalaikumussalam..awak kat mana?"

"Masih di Laluan Gajah, tapi dah on the way balik. Kenapa kak long?"

"Ha, awak balik lambat2,kitorang habiskan lauk ni. Ni ma masak sup fish ball, dengan terung goreng berlada ni,hehehe."

"Hah?? orang dah on the way ni. Lagipun,takkan korang sanggup nak habiskan,hek hek hek." eleh,hero tahu,kakak hero tu sekadar cakap aje..

"Ni pun,ekor ikan tenggiri ni,ma suruh tinggal untuk awak. Tapi awak lambat,biar kak long, aidil yang habiskan. nampak sedap ni,hehehe.." tak habis lagi kakak hero nak provoke hero. Kang hero jadi tak sabar, hero tergesa2 balik,tekan minyak dalam2,jadi apa2,sape yang susah? gerutu hero dalam hati,hehehe..

"Yelah,kalau dah nak jadi rezeki awak,awak makan je la,ehe..jumpa kat rumah kang. assalamualaikum."

Sampai saje di rumah, salam semua orang,hero terus tuju ke dapur. Walaupun perut hero masih kenyang,hero ambil juga sepinggan nasi,senduk semangkuk sup fish ball,terung dan terus duduk kat meja. Ekor ikan tenggiri kegemaran hero juga ada atas meja tak terusik.

"Bismillahirrahmanirrahim.."

Masya Allah..Apakah yang lebih sedap jika dibandingkan dengan masakan dari air tangan ibu? Kalau ikut nafsu hero,memang rasa nak tmbah lagi,tapi perut hero betul2 dah penuh.

Tengah hero menyuap nasi, ibu hero masuk menjengah dapur.

"Ha,lepas dah la hajat awak.Nak jadi rezeki awak juga,tinggal sekor je lagi ikan tenggiri kat Chong tadi. Dapatla ma beli".

Entah kenapa, tekak hero rasa kesat. Sungguh, hero dah tak ingat lansung tentang sup fish ball, tentang terung goreng berlada. Tapi seorang ibu,tak pernah lupa. Sentiasa ingat keinginan seorang anak. Sentiasa cuba memenuhi setiap kata2 yang keluar dari mulut anak2nya walau itu mungkin hanya sekadar kata2. Sungguh juga, hero sangat terharu. Ya Allah..tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan hero.

Hanya seorang ibu juga, yang akan tetap menerima anaknya,tatkala yang lain menjauh, yang lain tak endah.
Tetap menerima anaknya,walaubagaimanapun anaknya itu..

Ya Allah..besarnya pengorbanan seorang ibu..
Ya Allah..sungguh hero rasa tak layak menerima semua layanan ini dari seorang manusia agung bernama Ibu..
Ya Allah..tak mampu rasanya untuk membalas segala jasa2 ibu terhadap hero dari hero kecil sehingga kini..

Ya Allah,panjangkan umur ibuku seratus tahun lagi,supaya dapat aku membalas segala jasa2nya kepadaku,walau aku tahu,tidak akan mampu untuk aku membalasnya..
Ya Allah,rahmati ibuku, berkati ibuku,kasihi ibuku sebagaimana Kau mengasihi para kekasihMu, Ya Allah,Kau berikan segala kesenangan kepada ibuku. Ya Allah,jadikan juga aku manusia yang mengenang segala budi dan jasa ibuku. Jauhkan aku dari menjadi seorang tanggang, ataupun alqomah. Beri aku kesempatan untuk menggembirakan ibuku,ya Allah..

Ya Allah, perkenankanlah..

*ma..saya cuma ada ma je dalam dunia ni..

Saturday, May 28, 2011

Bangun pagi ni,seluruh badan hero terasa sakit. Hati terasa ngilu. Tak pernah sehebat malam tadi hero berperang. Saling berbalas serangan. Serangan-serangan yang saling menyakitkan kedua pihak.

Hero tak ingin berperang lagi. Hero mau mengalah.. Berperang hanya akan menghadirkan kemusnahan. Hero tak mahu menyakitkan sesiapa lagi. Tak mahu lagi menyerang walau dia sendiri diserang setiap hari.

"Ya Allah,tuhan yang maha mengasihani,
Tuhan yang maha mendengar,
Yang maha mengetahui,
Yang memiliki seluruh alam,
Tidak akan terjadi sesuatu didunia ini tanpa izinmu,ya Allah,
Lindungilah dia dari segala kgundahan,kesedihan,
Makbulkan segala hajatnya,
Sesungguhnya,hanya Engkau pemakbul segala doa"

Amin ya Allah..

Friday, May 27, 2011

Diberitakan akan datang menteri-menteri yang menjaga hal ehwal kelengkapan berperang ke negeri tempat di mana hero bernaung beberapa minggu lagi.

Maka hebohlah seantero pelosok tentang kehadiran mereka. Menteri-menteri tersebut khabarnya begitu garang, begitu cerewet, begitu teliti dan juga begitu gemar untuk bertanya pelbagai soalan. Mereka akan memeriksa setiap senjata yang dimiliki oleh rakyat jelata. Senjata-senjata tersebut mestilah memenuhi standard yang telah mereka tetapkan. Mereka juga akan menjelajah setiap pelosok negeri, masuk ke kampung-kampung, malah akan memilih sesiapa sahaja bagi mencari rakyat yang malas dan tidak cekap.

Mendengar kabar yang sedemikian, kelam kabutlah pembesar-pembesar di negeri hero ini. Segera utusan dihantar ke negeri-negeri lain yang pernah dilawati oleh menteri-menteri ini. Maklumat dikumpul, idea dicari. Maka setelah semua maklumat diperolehi, persidangan tergempar bersama rakyat jelata pun diadakan.

"Kita kene bersedia!" bagaikan guruh suara ketua negeri hero memecah suasana. Rakyat jelata terus terdiam. Suasana menjadi hening.

"Setiap senjata mesti dipersiapkan. Sebarang kekurangan perlu dilengkapkan. Aku tidak mahu sebarang kecacatan saat menteri-menteri itu nanti hadir. Kalau ada diantara kalian yang didapati tidak menjaga senjatanya,lalu ditangkap,maka satu negeri akan aku hukum!"

Suasana terus menjadi hingar. Ramai yang garu kepala. Mencebik benci, mengeluh berat.

Di satu sudut, hero hanya tersenyum. Di kepalanya sudah terbayang satu perancangan.

Ya. Pada hari menteri-menteri itu datang, dia akan menghilangkan diri. Akan mendiamkan diri dari dihubungi sesiapa. Peduli apa dia dengan lawatan menteri. Saat ini,dia tau kekuatan senjatanya, tapi dia bosan dengan karenah pihak atasan yang sentiasa mengganggu dan mengugut dengan segala macam ancaman. Mengapa tak dibiarkan sahaja rakyat jelata untuk melakukan tugas harian seperti biasa? Apa perlunya senjata yang hebat-hebat,jika tujuannya hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada pembesar negeri lain, bahawa negeri inilah yang paling bagus antara semua negeri? Bukankah setiap rakyat disini,berjuang bagi membangunkan bangsa kita sendiri?

Ahh..dasar politik murahan, di mana-mana pun pengampu akan tetap wujud.

Tuesday, May 24, 2011

Mengantuk



Hero dah macam gambar kat atas. Sejuk di ofis,ditambah lagi cuaca yang mendung di luar,perut yang penuh,bikin mata hero jadi berat. Tapi jenis hero,hero tak reti nak tidur di ofis walaupun kerja tak berapa nak ada.

Hmm..semalam hero ke kedai runcit. Ada setahun dah kot hero berhenti merokok. Entah kenapa semalam rasa ketagih hero begitu memuncak. Mungkin kerana otak dan perasaan hero yang bercelaru membuatkan rasa hati hero sangat memuncak hingga akhirnya hero mengalah.

"Uncle,kasi sampoerna hijau kotak 14 satu"
"Kotak 14 suda tada,20 juga ada" balas uncle bermisai tebal dan berkulit gelap itu.
"Boleh la. Kasi 2 kotak sama lighter. Berapa semua?"
"RM18"



Bulat mata hero pandang uncle tu. Hero keluarkan wallet, bayar dan terus berlalu.

Mak aih!
Ada dua perkara hero yang baru tau.

Satu: Rokok kotak 14 dah tak dijual. Semua pun kotak yang berisi 20 batang.
Dua: Harga untuk Sampoerna dah sangat naik rupanya. Bila naiknya? Entah,hero tak tahu. Last hero beli rokok, masa tu harga hanya RM4.50.

Untuk seorang perokok tegar, harga bukan menjadi satu masalah. Apa lagi kalau orang itu berduit. Tapi untuk hero, hero hanya merokok mengikut keadaan. Kadang-kadang memang rasa membazir merokok ni,tapi adakalanya pula, rasa nak sangat menghisap asap kelabu tersebut. Dan pada waktu ini,itulah rasa yang hero rasa.


*inila 'ghopenya' rokok yang hero hisap

Sunday, May 15, 2011

Tiada tajuk

Hero baru balik dari penjelajahan ke utara. Letih,penat. Penjelajahan dalam usaha melupakan seseorang. Harus hero akui,hero gagal. Dalam kesibukan melaksanakan pelbagai aktiviti, hero sering teringatkan dia. Apa dia buat? Dah makan ke dia? Sihat ke dia? Kerjanya bagaimana? Banyak?

Namun bila teringat kemungkinan dia lansung tak memikirkan tentang hero, hati hero jadi ngilu. Apatah lagi hero tau ada jejaka lain yang telah dapat mengisi kesunyian hati dia.

Hero baring sambil tangan kiri hero letak kat dahi.

"Aku rindu.
Tapi dia tak rindukan kau.
Aku ingat kat dia.
Tapi dia tak ingat kat kau. Dia ingat kat orang lain.
Boleh tak kau berhenti bermimpi? Dia memang tak nak kat kau.
Biarlah. Hanya dalam mimpi aku dapat memiliki dia.
Itu dah cukup!"

Tak tahula kenapa sentiasa ada suara dalam hati hero. Suara2 yang tak reti diam. Tak pernah pulak hero minta diorang berbual2 dalam hati hero. Satu2nya cara untuk bagi mereka diam adalah tido. Baru mereka akan berhenti berbual.

Hero pejam mata. Dia nak hilangkan suara2 itu.

Tuesday, May 10, 2011

Berat

0053

Kepala hero semakin berat,tapi entah kenapa mata tetap juga belum mau lelap. Memang berat ni,pagi2 esok,hero ada meeting. Lepas meeting,hero dah janji dengan seorang sahabat untuk menyiapkan satu keje. Petang,hero ada meeting lagi. Dalam keadaan sekarang, hero memang takde mood nak buat apa2 pun.

Herolah hero yang telah tewas. Keadaan semua menjadi tidak teratur. Hero perlu kembalikan semangat hero. Bukan kerja mudah,sebab hero sedar,hero sendirian. Jatuh bangun hero,hero seorang diri.

Ahh..perlu apa dikenang lagi. Sudah ternyata,dia telah pun menjumpai penggantinya.

Ahh..hero rasa nak tembak kepala sendiri.



Atau ambil spanar,korek2 bahagian otak yang ada kenangan tentang dia. Biar hilang semuanya.



Atau tidur,2 3 tahun lagi baru bangun,dengan harapan,bangun je lupa terus apa yang pernah jadi.



Tapi hero fikir,tak mungkin hero lakukan semua tu. Hm..

Aneh sebenarnya jika difikirkan. Dia bukan seorang yang pandai ambil hati hero.
Dia keras kepala
Dia asyik nak menang je
Dia selalu kasar
Dia tak pernah peduli tentang perasaan hero
Dia tak sensitif
Dia lebih banyak buat hero sedih
Tapi...

Ahhh lagi...dia juga yang hero suka. Dia juga yang hero ingat. Dia juga orangnya yag hero nak tengok bahagia. Dan sebab itu,walau berat,walau sakit,walau sedih, hero akan undur diri. Kalau boleh lari jauh,,memang hero akan lari sejauh mungkin. Benarla kata orang, kita xperlu sebab untuk menyukai seseorang.
Dan benar juga kata orang,kita hanya mengambil masa sesaat untuk menyukai seseorang,tapi kita perlu seumur hidup untuk melupakan.

Ahhh..kepala berdenyut lagi. Berat dan semakin memberat..

0114

Sunday, May 8, 2011

setengah hati

Semalam bergaduh lagi. Ntahla hero yg terlalu sensitif atau dia yang lansung tak peka. Hari ni,mula terasa sunyi, tapi hero kuatkan semangat. Kata-kata dia semalam masih berbekas di hati hero. Mengenali dia,hero tahu,selama manapun hero hilang,dia takkan mencari hero.



"mungkin,ku tak akan bisa,
jadikan dirimu,kekasih yang seutuhnya mencinta,
namun,ku relakan diri,
jika hanya setengah hati,kau sejukkan jiwa ini"

Thursday, May 5, 2011

Aaaaaarrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

*pukul 2347. Hero bangkit dari pembaringan. Tukar baju, salin seluar,hero melangkah keluar dari bilik menuju ke pintu besar. Kunci hero buka.

"ko nak ke mana??" seorang teman menegur.
"jogging" pendek jawab hero.
"pukul 12 malam? Giler!"

Hero diam. Ikat tali kasut,masuk kereta,start dan terus berlalu.

Ya,hero rasa nak berjogging di kala jam menghampiri pukul 12 tengah malam. Gila, memang hero gila.

Jiwa beku

Jiwa hero kembali membeku. Ada rasa ngilu di sudut hati,ada rasa haru yang menghiba.. Hero pasrah,hero akur. Sejuta rasa yang berbuku,tak mampu diluahkan. Walau hanya sebagai satu catatan bisu,hero tetap kaku. Begini rasanya diri yang tak diperlukan. Terus juga menjadi bodoh walau tahu diri tidak diingini. Terus juga mahu menjadi lilin,membakar diri sendiri semata2 untuk menggembirakan hati orang yang di sukai.

Adakah kehilangan hero akan dicari? Dirindui? Diingati? Atau bila hilangnya hero,maka akan tenang dan gembiralah orang2 yang tak mahukan hero?

Akhirkanlah semua ini..akhirkanlah.. T_T

Monday, March 7, 2011

Rindu

DALAM kesibukan hero menguruskan hal-hal seharian,kerja yang akhir-akhir ini semakin bertambah, ingatan hero tetap tak dapat lari dari mengingati seseorang yang hero pernah dan masih sayang. Ya, hero rindu. Suasana dulu lebih baik,ketika belum bertemu,semuanya indah, ceria dan gembira. Kenapa ya,sesudah bersua muka, keadaan mula berubah. Dari hari ke sehari,manisnya sudah semakin kurang. Tersangat hambar. Terasa hanya di pihak hero yang beriya-iya,sedangkan dia..

Ahh..Hero rindu..tp bersabarla wahai hati..Hanya Allah yang maha mengetahui segala rahsia, dugaan yang diberikan. Bersabarlah..Itulah saja yang mampu hero buat,sebagai seorang hambaNya yang lemah..

Sunday, February 13, 2011

Malam-malam sebegini masih belum lelap. Ya, kenapa? Ada perkara yang mengganggu hati?

Hero garu kepala ala-ala gambar di bawah.



Dalam pada kepala melayan bola, otak tetap berfikir. Berfikir tentang diri sendiri,kekurangan diri. Kelebihan? ah..hero sedar diri, dia tak punya apa-apa kelebihan yang istemewa.

Lalu,apa yang hero fikirkan?

Hero hanya terfikir,dia tak sedar selama ini dia banyak membuatkan hati gadis-gadis berbunga-bunga. Teguran dan kritikan dari seorang kawan membuatkan hero seolah-olah terbangun dari tidur. Hero tak sedar sikap dan perangainya selama ini,menyumbang ke arah itu. Sangka hero,dia hanya ingin bergurau senda, menambah kemesraan diantara teman-teman,rupanya cara hero tak betul. Mungkin di pihak hero,hero tak menganggap lebih dari gurauan seorang kawan,memandangkan hero memang seorg yg suka bergurau dan kuat mengusik, tapi di pihak orang lain,mungkin ada yang salah anggap. Maka dengan itu,terpaksalah hero berpandangan dari sudut orang lain dan mengubah sikap hero.

Ahh..mengubah diri..mengubah diri..kadang-kadang rasa rendah diri dengan kekurangan diri. Tapi hidup mesti positif. Persetankan cakap-cakap orang. Hanya kita yang boleh tolong diri kita,sedang manusia lain hanya tahu mengeji.

Teringat pula kat adik-adik murid hero. Ceh,tak nak guna istilah anak-anak tu. Kalau hero dah berkahwin pun,hero takkan ada anak berusia 20 tahun,hahaha..

Tahun ni tahun paling sikit adik-adik murid hero. Hanya dalam linkungan 60 orang. Sangat sikit berbanding tahun-tahun sebelum ni. Alhamdulillah, mereka semuanya pelajar yang baik-baik. Yang boleh dilentur. Seronok sebenarnya semester ni,sebab boleh dikatakan mereka-mereka ini pelajar yang aktif di dalam kelas. Banyak berlaku soal jawab antara hero dan mereka. Setiap pertanyaan akan hero jawab dan cuba terangkan sejelas mungkin walaupun kadang-kadang hero rasa soalan yang ditanya sangat remeh dan mudah. Tapi hero ingat betul-betul pesanan tok guru hero.

"Tiada istilah soalan bodoh dikalangan pelajar".

Ya,hero pegang kata-kata tu, sebab hero tau,perkara yang remeh dan senang pada kita,belum tentu remeh dan senang juga pada orang lain. Akal manusia terbatas,bukan? Ilmu kita juga bukan milik kita yang hak. Jadi tak perlulah kita merendahkan orang lain dengan menganggap mereka memberi soalan-soalan yang bodoh,soalan berkualiti rendah,dan sebagainya. Sekali kita dah melabelkan mereka macam tu,selamanya lah mereka tidak lagi akan bertanya. Maka terus-terusan la mereka duduk dalam kebodohan dan kelayuan.

Ahh..hero pun bukan bijak sangat.. Banyak lagi perkara yang hero tak tahu. Ilmu hanya sekelumit. Maka muhasabahla diri selalu, gali lagilah ilmu Allah ini sedalam-dalamnya..

Friday, January 28, 2011

Rasa kecewa, marah, sedih, itu perkara biasa. Semua rasa itu, datang dari Allah. Tapi jangan biarkan semua rasa yang negatif itu terus menguasai diri. Cari jalan untuk menjadi positif. Hidup bukan semata-mata untuk berduka.

HAMKA pernah berkata, "berbuat baik pada mereka yang baik pada kita,itu biasa. Berbuat jahat pada meraka yang jahat pada kita, itu juga biasa. Tapi,berbuat baik pada mereka yang jahat pada kita, itu luar biasa". Hero akan cuba menjadi orang yang luar biasa itu. Lupakan perkara yang menyakitkan, buat target baru, cipta kesibukan.

Tuesday, January 25, 2011

Apa Rasanya

Apa rasanya, keikhlasan diragui
Apa rasanya, sentiasa disalah erti
Apa rasanya, diri tak diingini
Apa rasanya, menjadi orang yang dibenci
Apa rasanya, tiada lagi yang mahu peduli
Apa rasanya, berkawan pada yang tak sudi
Apa rasanya, terhegeh-hegeh pada yang tak pasti
Apa rasanya, bermimpi di siang hari
Apa rasanya, jika kita sudah tidak punya rasa
Apakah lagi rasanya....

Monday, January 17, 2011

DIA?

DIA akui, dia pernah berbohong. Menipu pada seseorang yang disukainya. Amat suka. Namun apabila difikirkan kembali, dia tidak mendapat sebarang manfaat atas segala penipuannya itu. Ya, kerana menipu, hati seseorang terluka, hati seseorang berdarah. Tapi, begitu juga hatinya. Dia tidak menipu kerana ingin mendapatkan kekayaan, tidak juga menipu,lalu mencemarkan maruah seseorang, dia menipu kerana sukanya dia terhadap seseorang itu, lalu dia ingin mengambil risiko. Dia cuba untuk menebus kembali segala kesalahan yang pernah dia lakukan, tapi sehingga kini, dia sedar, usahanya itu tak ubah seperti melakukan sesuatu yang sia-sia.

Dia sedar, betapa manusia boleh menjadi sangat bodoh pabila menyukai seseorang. Betapa manusia boleh menjadi seorang yang sangat penyabar, bilamana rasa sukanya itu, tidak pula berbalas. Betapa manusia itu, boleh menjadi seorang yang sangat perasa, bila mana dirinya tak dihargai, tak juga dipandang walau sebelah mata. Betapa manusia itu boleh pula menjadi seorang yang pemurah untuk mendoakan kebahagiaan orang yang disukainya, walaupun kebahagiaan seseorang itu, kelukaan pula di hatinya. Betapa manusia itu sangat mampu untuk berpura-pura seolah-olah dirinya gembira, semata-mata tidak mahu orang yang disukainya melihat kesedihan yang sangat mendalam di sudut hatinya.

Dia akhirnya akur, dia hanya mampu bermimpi, malahan dia berharap dia akan ditemani mimpi2 disetiap lenanya. Hanya di dalam mimpi itu, dirinya dilayan seperti apa yang diharapkan, bertemu kegembiraan dan gelak tawa, dihargai dan dan dihormati, disukai serta disayangi..

Tuesday, January 4, 2011

From The Beginning Till Now

Can't return to my side
It's impossible now
I console myself that I should stop loving you now
If I can't meet you again
I really hope to forget you, to forget the entire you in my heart
Every time I want to smile you let me cry
You make my everything go wrong
Every time I think of you, all my defences gave way
Tried hard to forget you, but I just can't
If I can't meet you again
I really hope to forget you
To forget the entire you in my heart
Every time I want to smile you let me cry
You make my everything go wrong
Every time I think of you, all my defences give way
I tried hard to forget you
But i just can't forget
I never know it is so hard to love someone
Every time I want to smile, you let me cry

Sunday, January 2, 2011

Penghujung 2010

OK, hero baru nak bercerita aktiviti hero pada hari terakhir 2010. Jumaat, 31hb Disember 2010 haritu, hero melawat zoo melaka bersama seorang teman. Hero seronok, seronok dikelilingi alam sekitar. Pada hero, zoo salah satu tempat yang bagus untuk mencari ketenangan, melupakan sekejap masalah. Tapi, hero kena akui, manusia berbeza. Benda yang seronok pada hero, belum tentu seronok pada orang lain,hehehe.. Hero tau, teman hero tu tak la seseronok mana. Takpela. Itu perbezaan yang ada pada manusia. Untuk hero, hero memang enjoy. Jadi, kat bawah ni,hero upload beberapa gambar binatang yang sempat kitorang jengah sebelum pulang kerana teman hero dah kelelahan,hehehehe



nama scientificnya hero tak ingat, tapi nama melayunya, burung kakak tua,hehehe



ini tupai sebenarnya,tapi tupai spesis monyet



tapir yang pengsan


binatang bermuka gangster - kata teman hero



ha,jangan tak tau,ada dinosour kat zoo melaka,hahaha

Ok,sebenarnya banyak lagi gambar,tapi letih la nak tunggu upload. Lembab. Keluar dari zoo, kami pergi makan, solat, then kami tengok wayang. Cerita TRON. bukan cerita pilihan utama hero pada mulanya. In fact, hero takde rasa pun nak tengok cerita tu sebelum ni. Tapi bila dah masuk panggung, pergh..best juga cerita tu. Smart. Tapai lagi sekali, hero juga yang syok sendiri, yang enjoy tengok cerita tu. Teman hero, boleh dia mengantuk,hahahaha.. Yelah, letih berjalan2 kat zoo kot. So, mula2 plan nak tengok 2 movie, kami batalkan. Lepas habis, kami balik, lepak je la kat rumah malam tu. Maka, itulah aktiviti terakhir hero untuk tahun 2010. Harap2 tahun 2011, akan lebih banyak aktiviti menarik yang hero dapat buat.

Saturday, January 1, 2011

AKU

Perempuan cantik bukan untukmu,aku
Kata2 cinta bukan jua milikmu,aku
Perasaan sayang tidak ada untukmu,aku
Rasa rindu itu bukan lagi padamu,aku
Dalam ruang hatimu tidak boleh ada perasaan cinta,aku
Perempuan cantik bukan untukmu,aku....

TIDAK SEMPURNA

HERO sedar, hero tidaklah sempurna. Hero juga akui,kadang2 timbul rasa marah pada diri sendiri kerana hero rasa,hero sanggup berbuat apa saje untuk orang yang hero sayang. Hero tak ubah seperti kata pepatah,hidung tak mancung,pipi pula yang disorong2. Rasa marah itu pula seringkali akhirnya bertukar menjadi satu rasa keharuan yang mendalam. Rasa sedih. Ketidaksempurnaan itu menyebabkan hadirnya rasa rendah diri. Hero tidak sempurna, hero yang serba kekurangan, kerana itu kadang kala hero merasakan,hero dilayan tak ubah seperti tunggul kayu. Apa hero takde perasaan? Ini hukuman atas dosa lalu yang pernah hero lakukan? Kerana itu hero tak layak untuk dilayan seperti manusia normal yang lain? Kerana itu suara hero tak layak untuk didengar? Tak layak untuk hero menasihati? Tak layak untuk hero mengambil berat? Tak layak juga untuk diambil berat tentang keadaan hero? Kerana hero tidak sempurna?

Inilah realiti yang perlu hero hadapi. Realiti yang sangat pahit. Hero tau,kalau hero seorang yang sempurna, takkan sebegini hero dilayan. Takkan sebegini hero tidak dipedulikan. Takkan sebegini perasaan hero diabaikan. Setiap hari,hero berdoa,beri kekuatan pada hero,kekuatan untuk mengundur diri. Untuk apa mengharap kasih pada yang tidak menghargai. Tidak juga sebagai sahabat. Keharuan dan kesedihan ini,kadang2 sampai ke kemuncaknya. Ada tak adanya hero,takde kesannya. Itu yang hero rasa walaupun rasa hati hero itu dinafikan. Tetapi,segala perlakuan dan tindakan terhadap hero, itulah punca apa yang hero rasa. Ya, semua itu, semua tinadakn itu, semua sebab rasa tak peduli itu hanya kerana satu sebab, iaitu hero TAK SEMPURNA...