Ok,ada beberapa perkara yg berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Jumaat, Wacana Ilmu Pendidikan. Ada tiga penyampai. Tesis pertama bertajuk Perubahan Budaya dan Organisasi Pembelajaran oleh Dr. Norazam Abd. Aziz dari Fakulti Pengurusan Perniagaan. Tesis kedua, "Contemporary Islamic Painting In Malaysia : 1980 to 2000" oleh Dr. ahmad Rashidi bin Hassan, dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Tesis ketiga, tak tahu tajuk apa, apatah lagi,hero tak berapa faham apa yang disampaikan oleh penyampai,hehehe.. Secara keseluruhan, dua tesis terdahulu yang di sampaikan sangat menarik. Menambahkan ilmu yang masih kurang,mebuka minda terhadap sesuatu yang masih blm di jangkau.
Jumaat malam,hero balik kL,rumah ayah bonda. Ahad pergi kenduri kawin kawan serumah masa buat degree dulu. Sehari semalam perut hero memang dah terasa senak. Dan memang bersebab pun. Apa yang hero paling nak elak,itulah yang terjadi. Bertembung dengan bekas isteri di kenduri tu. Dia dengan husband dan anak mereka. Tanpa muka bersalah, menegur hero,dan duduk semeja dengan hero. Hampagas betul. Hero? Terus hilang selera makan. Tak lama diorang duduk, hero bangun dan terus blah.
Isnin, ex awek lak merayu-rayu ajak kembali. Apa cerita ni? Hero memang tak faham apa yang awek2 ni nak. Kita tatang dia bagai nak rak,dia layan kita sesuka hati. Dah buang kita,merayu nak kembali lak. Sudahnya,hero buat bodoh je. Tak bagi jawapan lagi. Tolong la,hero nak hidup aman dan gembira. Itu je..
Tuesday, March 9, 2010
????
Posted by Mambang Tanah at 2:08 PM 0 comments
Thursday, March 4, 2010
Badan Sihat Otak Cergas!
Pukul 1.15 a.m.
Hero baru sampai rumah dengan mood yang happy. Sebab? Team hero jadi juara futsal antara bahagian ye,hak hak hak..dan, yang lagi buat hero puas hati, hero sendiri dapat jaringkan 3 gol! Ok ok...3 gol je,tapi hero tetap puas hati. Macamni baru boleh jadi hero,kan?hehehehe..Team hero tunjukan persefahaman yang sangat bagus, walaupun kitorang tak sempat berlatih sama-sama. Terus je pergi perlawanan,hahahaha.. berbaloi jugak hero exercise minggu lepas,jadi mlm ni,hero kurangla sikit pancitnya.
Memang terbukti,bila kita dapat keluarkan peluh,otak kita pun jadi ringan. Terasa hilang segala kesedihan yang terbuku kat hati sejak pagi tadi. Jadi, kami dah setkan,minggu depan kami nak main lagi. Kali ni hanya untuk suka2. Hero nak cuba menjalani kehidupan yang lebih sihat. Kalau mengadap buku je, boring jugak. Harap-harap jadilah apa yang dah dirancangkan. Manalah tahu,masa-masa bersosial tu, ada lak terjumpa awek-awek yang cun, untung-untung hero boleh dapat heroin,muahahahahaa (kesitu lak pikiran hero,hahaahaha).
*sorryla, hero tak pandai lagi nak upload gambar masuk blog,so,takdela gambar hero yang menjadi hero tadi,hahahaha
Posted by Mambang Tanah at 1:19 AM 0 comments
Wednesday, March 3, 2010
Mood: Slenga
hahaha..Kenapa hero rasa slenga hari ni? Hm, yelah,mana taknya. Hari ni baru Rabu, tapi hero dah terima 2 berita yang membuatkan hati hero rasa ngilu. Pagi tadi berita terbaru yang hero dapat, terus hero rasa mood jadi spoil. Tapi hero ni macam artis gak,hahahaha...mood yang tak berapa cantik tu, kena hero tinggal kan di luar kelas. Di dalam kelas, hero tetap kelihatan biasa. Bergurau senda, usik mengusik, perli memerli dengan pelajar-pelajar hero.
Hero tetaplah kena jadi hero. Tak boleh jadi seorang pencundang. Apa pun dugaan yang datang, kena hadapi jugak. Kena redha dan sabar. Semua manusia akan di uji oleh yang maha esa, terpulanglah pada kita, macammana nak handle ujian tu. Hero sendiri berpegang pada kata-kata "setiap kejadian,ada hikmahnya. Kita takkan tau apa yang Allah nak bagi pada kita di masa akan datang. Yang penting kena sabar".
Ok, tak tau kenapa hero nak letak lirik lagu ni. Mungkin ni ada kena mengena dengan mood hero pagi ni kot,hak hak hak.. Jadi, selain dari mood slenge,ada gak mood jiwang sket ni,hahahaha.. Lagu ni selalu la hero dengar bila nak layan blues masa berpisah dengan ex-wife tu. memang sangat kena lagu ni dengan hero,hehehehe..so pagi ni tetiba hero teringat balik lagu ni,maka hero pun letakla lirik lagu ni kat sini
That's Why You Go Away
Baby won't you tell me why there is sadness in your eyes
I don't wanna say goodbye to you
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head
You're the one who set it up
Now you're the one to make it stop
I'm the one who's feeling lost right now
Now you want me to forget every little thing you said
But there is something left in my head
I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know
You were never satisfied no matter how I tried
Now you wanna say goodbye to me
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head
I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know
Sitting here all alone in the middle of nowhere
Don't know which way to go
There ain't so much to say now between us
There ain't so much for you
There ain't so much for me anymore
I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know
That's why you go away I know......
Posted by Mambang Tanah at 10:44 AM 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
Pelajar sekarang
Senario satu
"Budak-budak sekarang ni lain. Tak sama macam zaman aku ngaja korang dulu."
Hero hanya diam mendengar kata-kata dari seniornya. Muka seniornya di renung, menunggu orang tua itu meneruskan kata-katanya".
"Diorang sekarang ni tak reti nak hormat kita lagi. Bodoh,tapi tak nak bertanya. Yelah,sejak syarat kelayakan masuk di rendahkan,budak yang tak berapa pandai pun boleh masuk U!"
Hero agak tersentak mendengar kata-kata keras yang keluar. Benaknya berfikir, pasti ada sesuatu yang di lakukan oleh student orang tua ni,mnyebabkannya menjadi sangat marah sehingga keluar perkataan yang tak sepatutnya dari sesorang seperti dia.
Senario dua
Hero duduk bersetentangan dengan bosnya. Hari itu dia telah dipanggil mengadap sebagai syarat diterima sebagai pekerja tetap.
"Berapa lama dah kamu kat sini?" soal bos hero secara tiba-tiba.
"3 tahun Datuk"
"Hm..tentu kamu dah mahir kan macamana nak handle student,nak tackle hati mereka. Apa cara yang kamu buat?"
"Er..saya cuba layan mereka macam kawan,Datuk. Saya nak sampaikan ilmu dalam keadaan saya rapat dengan mereka,supaya mereka tak segan bertanya,dan mereka boleh bincang apa saje dengan saya,tapi dalam masa yang sama,saya tekankan,antara kami tetap ada batas,kena saling menghormati" fuh,dengan konfiden hero menjawab.
"Hmm..bagusla..jarak umur kamu dengan mereka pun tak jauh. Saya nak kamu terlibat lebih lagi dengan pelajar ni. Kamu kena mainkan peranan juga dalam membentuk akhlak mereka ni. Student sekarang,biasalah,kalau pak guard yang tegur,diorang marah,tapi dengan pensyarah,diorang respect. Jadi kamu cubalah,tak banyak,sedikit,terapkan nilai2 yang baik pada mereka."
Dua senario di atas yang pernah terjadi pada hero,membuatkan hero berfikir. Benarkah pelajar sekarang begitu? Dah makin kurang ke nilai moral mereka? Hero bukan orangnya yang layak menghukum. Tetapi setelah tiga tahun berada di sini, hero dapat rasakan perkara yang sama. Masa zaman hero belajar, hero tak berani nak bergurau senda tak tentu pasal dgn pensyrah,mengusik pensyarah,tapi zaman sekarang, pelajar-pelajar kita dah tak segan silu,diorang pulak yang lebih-lebih usik hero. hero taula hero ni hensem,hahahaha. tapi sebab hero anggap diorang ni masih lagi budak2,hero takdelah nak ambik pot sgt. Cuma mungkin,pensyarah-pensyarah yang lebih senior, yang bergelar Doktor dan Professor,tak dapat terima keadaan ni. Apapun,memang hero dapat rasakan,tanggungjawab hero berat. Bukan setakat mengajar untuk menghabiskan silibus,dalam masa yang sama,bak kata bos hero,kena juga sedikit sebanyak menerapkan nilai-nilai murni,agar generasi muda ini akan menjadi generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
Posted by Mambang Tanah at 12:43 PM 0 comments
Monday, March 1, 2010
2 tahun berlalu
Tiba-tiba aku terjumpa balik blog yang pernah di cipta kira-kira dua tahun yang lalu,hehehehe..bila tengok tarikh,hmm..aku buat blog ni,8 bulan lepas bawak diri ke bumi hang jebat. Masa tu luka kat hati masih terlalu dalam. Aku baru berusia 27 tahun ketika itu tetapi sudahpun memegang gelaran "duda",hahaha.. Jujurnya, sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan apa yang telah terjadi,tapi hero tetap kena jadi hero,kan. Kena tetap bangkit walau dugaan yg di terima terlalu berat rasanya.
Mengimbas apa yang telah berlaku, aku sebenarnya tidaklah boleh membawak diri ataupun melarikan diri. Sebab apa? Sebab tempat aku mencari rezeki sekarang,merupakan tempat yang sama aku dan dia belajar satu ketika dulu. Tapi kata orang,untuk sembuh,kita perlu berhadapan dengan kesakitan terlebih dahulu. Itulah yang aku lalui. Sakit menghadapi kenangan yang pernah wujud antara kami di sini. Untuk tidak terus hanyut, aku sentiasa cuba untuk menyibukkan diriku. 3 November 2007, aku menyambung pelajaran peringkat Sarjana di UPM. Siang aku mengajar, malam aku pula belajar. 3 hari seminggu,aku akan berulang-alik dari bumi hang jebat-UPM-bumi hang jebat. Letih wooo..assignment berlambak,kerja kat ofis menimbun,tapi aku happy dengan kesibukan tu. Tak cukup sibuk lagi? Aku join lak sukan,main sampai Terengganu, Perlis. 2 tahun aku sibuk dengan study, hidup yang agak tunggang langgang,bulan 10/2009 akhirnya habis gak study aku. Aku dapat lupakan dia?nope,still i can't.
Bulan2 pertama sejak habis study,seriously,aku jadi macam orang bodoh,hahahaha..bukan apa,aku dah terbiasa sibuk,tiba2 ksibukan tu dah hilang,aku macam tak reti nak buat apa2.hidup aku,pagi bangun,pergi ofis,masuk kelas,tengok tv,main game,main internet. Isk,tak berkembang minda mcmni,hahahaha..Tapi aku dapat rasakan,semangat aku makin kuat. Yelah,aku dah lalui pelbagai kesusahan,aku lalui semua kesusahan tu sendiri (dengan izin Allah), sekarang,aku cuba untuk hidup dengan aman. Untuk melupakan dia? Belum boleh lagi buat masa ni. Hanya sekadar mengingati je lah,takde lebih dari itu. Dia pun dah kawin dengan orang lain. Dah ada anak sorang. Jadi,aku doakan kebahagiaan dia. Apapun yang dia pernah buat semasa dia menjadi isteri aku suatu masa dulu,aku ampunkan dia dunia akhirat. Semoga dia bertemu kegembiraannya,dan begitu jugalah dengan aku.
Posted by Mambang Tanah at 10:53 PM 0 comments