BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

2 tahun berlalu

Tiba-tiba aku terjumpa balik blog yang pernah di cipta kira-kira dua tahun yang lalu,hehehehe..bila tengok tarikh,hmm..aku buat blog ni,8 bulan lepas bawak diri ke bumi hang jebat. Masa tu luka kat hati masih terlalu dalam. Aku baru berusia 27 tahun ketika itu tetapi sudahpun memegang gelaran "duda",hahaha.. Jujurnya, sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan apa yang telah terjadi,tapi hero tetap kena jadi hero,kan. Kena tetap bangkit walau dugaan yg di terima terlalu berat rasanya.

Mengimbas apa yang telah berlaku, aku sebenarnya tidaklah boleh membawak diri ataupun melarikan diri. Sebab apa? Sebab tempat aku mencari rezeki sekarang,merupakan tempat yang sama aku dan dia belajar satu ketika dulu. Tapi kata orang,untuk sembuh,kita perlu berhadapan dengan kesakitan terlebih dahulu. Itulah yang aku lalui. Sakit menghadapi kenangan yang pernah wujud antara kami di sini. Untuk tidak terus hanyut, aku sentiasa cuba untuk menyibukkan diriku. 3 November 2007, aku menyambung pelajaran peringkat Sarjana di UPM. Siang aku mengajar, malam aku pula belajar. 3 hari seminggu,aku akan berulang-alik dari bumi hang jebat-UPM-bumi hang jebat. Letih wooo..assignment berlambak,kerja kat ofis menimbun,tapi aku happy dengan kesibukan tu. Tak cukup sibuk lagi? Aku join lak sukan,main sampai Terengganu, Perlis. 2 tahun aku sibuk dengan study, hidup yang agak tunggang langgang,bulan 10/2009 akhirnya habis gak study aku. Aku dapat lupakan dia?nope,still i can't.

Bulan2 pertama sejak habis study,seriously,aku jadi macam orang bodoh,hahahaha..bukan apa,aku dah terbiasa sibuk,tiba2 ksibukan tu dah hilang,aku macam tak reti nak buat apa2.hidup aku,pagi bangun,pergi ofis,masuk kelas,tengok tv,main game,main internet. Isk,tak berkembang minda mcmni,hahahaha..Tapi aku dapat rasakan,semangat aku makin kuat. Yelah,aku dah lalui pelbagai kesusahan,aku lalui semua kesusahan tu sendiri (dengan izin Allah), sekarang,aku cuba untuk hidup dengan aman. Untuk melupakan dia? Belum boleh lagi buat masa ni. Hanya sekadar mengingati je lah,takde lebih dari itu. Dia pun dah kawin dengan orang lain. Dah ada anak sorang. Jadi,aku doakan kebahagiaan dia. Apapun yang dia pernah buat semasa dia menjadi isteri aku suatu masa dulu,aku ampunkan dia dunia akhirat. Semoga dia bertemu kegembiraannya,dan begitu jugalah dengan aku.

0 comments: