Ok,ada beberapa perkara yg berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Jumaat, Wacana Ilmu Pendidikan. Ada tiga penyampai. Tesis pertama bertajuk Perubahan Budaya dan Organisasi Pembelajaran oleh Dr. Norazam Abd. Aziz dari Fakulti Pengurusan Perniagaan. Tesis kedua, "Contemporary Islamic Painting In Malaysia : 1980 to 2000" oleh Dr. ahmad Rashidi bin Hassan, dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Tesis ketiga, tak tahu tajuk apa, apatah lagi,hero tak berapa faham apa yang disampaikan oleh penyampai,hehehe.. Secara keseluruhan, dua tesis terdahulu yang di sampaikan sangat menarik. Menambahkan ilmu yang masih kurang,mebuka minda terhadap sesuatu yang masih blm di jangkau.
Jumaat malam,hero balik kL,rumah ayah bonda. Ahad pergi kenduri kawin kawan serumah masa buat degree dulu. Sehari semalam perut hero memang dah terasa senak. Dan memang bersebab pun. Apa yang hero paling nak elak,itulah yang terjadi. Bertembung dengan bekas isteri di kenduri tu. Dia dengan husband dan anak mereka. Tanpa muka bersalah, menegur hero,dan duduk semeja dengan hero. Hampagas betul. Hero? Terus hilang selera makan. Tak lama diorang duduk, hero bangun dan terus blah.
Isnin, ex awek lak merayu-rayu ajak kembali. Apa cerita ni? Hero memang tak faham apa yang awek2 ni nak. Kita tatang dia bagai nak rak,dia layan kita sesuka hati. Dah buang kita,merayu nak kembali lak. Sudahnya,hero buat bodoh je. Tak bagi jawapan lagi. Tolong la,hero nak hidup aman dan gembira. Itu je..
Tuesday, March 9, 2010
????
Posted by Mambang Tanah at 2:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment