BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 2, 2010

Pelajar sekarang

Senario satu
"Budak-budak sekarang ni lain. Tak sama macam zaman aku ngaja korang dulu."
Hero hanya diam mendengar kata-kata dari seniornya. Muka seniornya di renung, menunggu orang tua itu meneruskan kata-katanya".

"Diorang sekarang ni tak reti nak hormat kita lagi. Bodoh,tapi tak nak bertanya. Yelah,sejak syarat kelayakan masuk di rendahkan,budak yang tak berapa pandai pun boleh masuk U!"

Hero agak tersentak mendengar kata-kata keras yang keluar. Benaknya berfikir, pasti ada sesuatu yang di lakukan oleh student orang tua ni,mnyebabkannya menjadi sangat marah sehingga keluar perkataan yang tak sepatutnya dari sesorang seperti dia.

Senario dua
Hero duduk bersetentangan dengan bosnya. Hari itu dia telah dipanggil mengadap sebagai syarat diterima sebagai pekerja tetap.

"Berapa lama dah kamu kat sini?" soal bos hero secara tiba-tiba.
"3 tahun Datuk"
"Hm..tentu kamu dah mahir kan macamana nak handle student,nak tackle hati mereka. Apa cara yang kamu buat?"
"Er..saya cuba layan mereka macam kawan,Datuk. Saya nak sampaikan ilmu dalam keadaan saya rapat dengan mereka,supaya mereka tak segan bertanya,dan mereka boleh bincang apa saje dengan saya,tapi dalam masa yang sama,saya tekankan,antara kami tetap ada batas,kena saling menghormati" fuh,dengan konfiden hero menjawab.
"Hmm..bagusla..jarak umur kamu dengan mereka pun tak jauh. Saya nak kamu terlibat lebih lagi dengan pelajar ni. Kamu kena mainkan peranan juga dalam membentuk akhlak mereka ni. Student sekarang,biasalah,kalau pak guard yang tegur,diorang marah,tapi dengan pensyarah,diorang respect. Jadi kamu cubalah,tak banyak,sedikit,terapkan nilai2 yang baik pada mereka."

Dua senario di atas yang pernah terjadi pada hero,membuatkan hero berfikir. Benarkah pelajar sekarang begitu? Dah makin kurang ke nilai moral mereka? Hero bukan orangnya yang layak menghukum. Tetapi setelah tiga tahun berada di sini, hero dapat rasakan perkara yang sama. Masa zaman hero belajar, hero tak berani nak bergurau senda tak tentu pasal dgn pensyrah,mengusik pensyarah,tapi zaman sekarang, pelajar-pelajar kita dah tak segan silu,diorang pulak yang lebih-lebih usik hero. hero taula hero ni hensem,hahahaha. tapi sebab hero anggap diorang ni masih lagi budak2,hero takdelah nak ambik pot sgt. Cuma mungkin,pensyarah-pensyarah yang lebih senior, yang bergelar Doktor dan Professor,tak dapat terima keadaan ni. Apapun,memang hero dapat rasakan,tanggungjawab hero berat. Bukan setakat mengajar untuk menghabiskan silibus,dalam masa yang sama,bak kata bos hero,kena juga sedikit sebanyak menerapkan nilai-nilai murni,agar generasi muda ini akan menjadi generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

0 comments: