BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 28, 2010

BUKIT TINGGI, INDONESIA

BARU-baru ni, hero ke Bukit Tinggi, Indonesia, bercuti bersama keluarga. Banyak juga tempat2 yang cantik,yang masih belum dicemari oleh arus pembangunan. Bukit Tinggi ni sebenarnya adalah lembah yang dikelilingi oleh gunung-gunung berapi yang masih aktif. subhanAllah, hero memang kagum dengan kekuasaan Allah. Nak citer macamana pun,tak reti lak. Jadi,hero akan letak gambar-gambar pemandangan di sana.









Banyak lagi gambar,tapi tak larat dah nak upload,hahaha...Satu perkara yang menarik,ketika hero di sana,Indonesia baru saje melayakkan diri ke perlawanan akhir piala Suzuki AFF. pergh..media diorang kat sana,hari-hari citer tentang bola,bagaimana optimisnya mereka akan dapat mengalahkan Malaysia pada perlawanan akhir. Memang berdesing telinga hero sekeluarga,mereka seakan2 memperlecehakan pasukan kebangsaan kita. Terus naik semangat kami untuk menyokong team Malaysia. Nah,bila kita berjaya kalahkan mereka,mulala mereka mencari2 salah yang orang lain,untuk melindungi keangkuhan mereka. mulalah keluar segala perkataan caci maki mereka.Hm..objektif sukan untuk merapatkan ukhuwah,kini dah jadi sebaliknya.

*nota kaki bola: kalau esok Malaysia menang di stadium Gelora Bung Karno, apalagi alasan yang akan diberikan oleh pihak Indonesia ya?

ENTRY LAMA

TAH macamana hero boleh terjumpa blog lama hero yang hanya ada satu entry je,hahaha..Entry tu pun,kira2 2 tahun yg lepas. Jadi hero amik keputusan untuk delete blog yang itu,dan copy paste entry yang ada tu dalam blog ni. So,inilah dia entry itu. Tajuk entry ni "KEBAHAGIAAN"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di hubungi oleh seseorg yg pernah d sayangi,mmg mgembirakan. Begitu juga dgn mambang. Ptg itu,sewaktu dia berehat2 menanti waktu utk berangkat ke tmpat pertapaannya,alat perhubungannya berbunyi.

“salam alaik, apa kabar org di sana?”

Tersenyum mambang mnerima perutusan dr seseorg yg tdk d sangka2. seseorg yg pernah bertahta d hati bertahun2 lamanya,tp kini menjadi milik org lain. tdk perlu mnunggu lama,terus d balas perutusan itu.

“a’dulillah,sihat. Aok sihat ke? Mcmana khidupan slepas berumahtangga?”

Termenung. Dia mnunggu balasan.

“Sihat gak. Koi rasa tenang selepas berkahwin.”. serentak matanya bkedip mbaca perutusan itu. Ada rasa ngilu d sudut hati.

Blm sempat perutusan itu d balas,alat perhubungannya berbunyi lg.

“tp aok, koi masih lg suci dah bersih”

‘Aik?, apa maksudnya?’

“maksud aok?”

“hm…gitula..koi masih suci dan bersih..koi tak dapatla aok..sakit sgt,setiap kali kami cuba pun,koi akan menangis”

Kali ini mambang tidak tahu bagaiman mahu bereaksi. Mmg dia tkejut dgn luahan itu. Setelah hampir sebulan berkahwin,dia masih lg sama seperti sblm berkahwin. Gembirakah dia dgn luahan itu? Adakah lg peluang utknya? Dia jd keliru dgn perasaan sendiri.

“sabarla aok. Korg tak blaja ke sblm kahwin dulu?takde beli buku ke ttg cara2 mcmana nak buat?” dia tergelak kecil selepas mhantar perutusan itu. ‘aku bercakap,mcm aku ni expert sangat’ bisik hati kecilnya.

“koi tak tau lak bende tu kena blaja. Ingat blh terus buat je…”

Hm…patutla…kot nak masuk jarum,mngkin ini masanyer kot. Terlintas pemikiran jahat di benak mambang.

“hm…sabarla…cuba lg. aok jgn fikir sgt apa org kata ttg sakit n jgn takut sgt. Rilek je,k?emosi je tu..kontrol prasaan takut aok tu..try to enjoy it,its fun tau,hehehe” lain pulak yg di tulis dr apa yg ada d benak. sudahnya,dia tsengih2 seorg diri.

“hm…mngkin betul kata aok..koi takut sgt kot..”

‘apalg aku nak bls ni? Tuko topic ar..’

“jgn takut2 ar..cuba carik buku dulu,k?mesti blh nanti,hehehe…er..oak,knapa aok kawin dgn suami aok skang ni?citerla sket,apa istimewanya dia tu” itu pulak yg d tanya oleh mambang.

“hm…knapa koi kawin dgn dia? Sbb dia mcm aok la..suka sgt ngusik koi ni. Aok,jgn lupakan koi,mcm juga koi tak pernah lupakan aok. Aok sahabat koi sampai bila2,dunia dan akhirat”

‘haa???mcm aku?’ dia rasa mcm nak melompat. Pujaan hati memilih sseorg yg memiliki ciri2 yg sama dgn dirinya. Bermakna, mereka tdk d takdirkan bersama,hanya krn mrk tdk blh bsama,bkn krn benci.

“jgn bimbang,sy takkan lupakan aok. Saya akan jd sahabat aok smpai bila2. ada masalah,dtg la cari saya. InsyaAllah, saya ada utk aok sbg sahabat” . dia tdk peduli sama ada kata2 itu ikhlas ataupun tdk. Hatinya sendiri keliru.

Mlm itu,sewaktu berada d tempat pertapaannya, mambang mnemui jawapn kpd kkeliruannya td. Sesungguhnya dia gagal mnumpukan perhatian mlm itu stlh mdgr luahan dr pujaan hati. Tp satu yg pasti, resahnya bkn krn gembira,tp lbh kpd bersimpati. Baru dia sedar, rupanya dia tdk gembira dgn perkabaran itu. Bkn itu yg di harap dan d doakan. Dia mharapkan,pujaan hati akan berbahagia dgn hidupnya, gembira dgn pilihan hatinya. Dia takkan sanggup mlakukan sesuatu yg melangkaui apa yg sepatutnya.

‘aku nak dia bahagia..aku doakan kebahagiaan dia. Aku tdk mahu merosakkan kebahagian dia demi kepentingan diriku..itu bkn aku…’hatinya berkata2.

‘aku akan terus bersama dia,tp spt yg dikatakan,biarlah sbg sahabat. Aku akan anggap dia sbg sahabat, takkan lbh dr itu’. Itu tekadnya.

Bila PC Masuk Air

Hari ni hero agak bersemangat nak masuk ofis. dalam kepala,dah rancang macam2,apa nak buat hari ni. nak buat scheme of work,nak prepare test dan kuiz untuk sem baru dan nak cari info sikit tentang subjek. tapi argh...bila buka je pc,keluar la segala macam benda yang menyakitkan mata hero. dua minggu lepas,gara2 terklik satu video dari ym kawan hero, terus pc hero yang selama ini suci dan bersih,dinodai oleh virus yang hero sendiri tak tau apa nama nya. memang sakit mata sbb ada window yang tak diingini dok tercongok tak boleh tutup2. silibus baru pun,hero tak ada. cuba call bos,bos tak angkat. isk,ni yang hero bengang,bila sumer yang hero rancang,tak menjadi. generasi zaman sekarang,sumer pun bergantung pada teknologi. bila teknologi problem,macam PC hero sekarang yg dah masuk air,ha,mulala kerja yang sekejap pun boleh jadi lambat.

nota kaki bola: baru nak besemangat,jadi macamni.macam saje je nak suruh hero balik lepak2 kat rumah,hak hak hak

Saturday, December 25, 2010

Bila seorang hero bertukar menjadi seorg "CROOK"

Teruk rasanya bila menjadi orang yang bersalah. Hanya mampu menelan segala2nya sebagai satu bentuk hukuman,atas segala dosa yang terlanjur dilakukan. Hero tetap manusia,kadang-kadang rasa ingin mengalah, tetapi hero kuatkan semangat. Masa tak mungkin dapat diputarkan kembali..

Tuesday, June 1, 2010

Cinema Cinema Cinema!

HERO memang suka tengok wayang.dlm masa tiga minggu ni,6 cerita yg hero pergi tengok. Pergh...lpas ni,3-4 bulan lak baru hero pergi menonton lagi.Takpelah, time budak2 cuti ni lah hero nak berenjoy sakan sikit. Kot tak,tak merasa.Pertama, hero menonton "Furry Vengeance".Cerita tentang haiwan2 liar menagmuk dan mengenakan manusia yang hendak menghapuskan hutan tempat tinggal mereka untuk dibangunkan. Ok,best jugak. Hero layan..



Kedua, hero menonton cerita "A Nightmare on Elms Street", cerita seram thriller yang pada pandangan hero takdelah seseram mana pun. Tambahan lagi,konsentrasi hero terganggu gara2 sepasang kapel yg dok selang sebuah kerusi dr hero,membuat onar. Kerusi hero turut sama bergoyang2,hasil dari aktiviti lain yang mereka lakukan,ditambah pula dgn dengusan2 kecil yg sampai ke cuping telinga hero.Hero pun mulalah gatal nak menjeling,nak pastikan,apekebende la yang diorg ni buat. Cilakak betul,nak beromen,pergilah tempat lain. Ini kat tempat awam,tak malu ka??ceit!




"adakah begini lebih kurang perlakuan kapel yang duduk selang sebuah dari kerusi hero sehingga hero turut sama merasakan gegarannya??"


Ketiga, hero tengok cerita "Diary of Wimpikid". Best gak,cerita tentang seorang budak yang cuba untuk menjadi dewasa. Dia cuba mengubah diri dia,tak mahu lagi bersikap kebudak-budakan,sehingga dia seolah2 tak mahu lg menjadi diri dia yang sebenar. Cuba menarik perhatian dan menjadi popular di sekolahnya,tapi cara yg salah menyebabkan dia di jauhi. Okla..Kelakar, ringan, cerita yang diadaptasi dari novel yang menggunakan tajuk yang sama.



Lagi, hero tengok "Robin Hood". Hero mulanya takde keinginan lansung nak tengok citer ni. Hero tak minat sangat cerita berbentuk epik ni. Tapi setelah diajak oleh kawan,hero ikut jugalah. Dan hasilnya,setelah keluar panggung, perghhh...Hero memang sangat puas hati.. Rasa nak tengok lagi sekali. Cerita tentang kehidupan Robin Hood sebelum dia menjadi Robin Hood dan kenapa dia berubah menjadi Robin Hood. er..Maksud hero,kenapa dia berubah menjadi pencuri. Pencuri hasil org kaya untuk diagihkan kepada orang miskin. Mungkinkah cerita ni akan ada sambungannya?



Filem seterusnya yang hero tonton ialah "Shrek, Forever After". Hmm..kelakar,cerita gergasi hijau, yang bosan dengan kehidupan barunya, yang sama je setiap hari. Menyebabkan Shrek membuat perjanjian dengan seorang ahli sihir untuk kembali ke kehidupan lamanya hanya untuk satu hari. Tanpa Shrek sedar, dia sebenarnya terpedaya, dan dia hilang segala2nya, isteri yang cantik (er..cantik dikalangan gergasi hijau kot,hahahaha), anak2,kwn2 dan hidup yang aman. Bila dia sedar dia ditipu,dia berusaha untuk mendapatkan balik segala yang dia pernah ada.. Ini merupakan siri terakhir Shrek yang difilemkan..Takde lg Shrek selepas ini.



Last sekali, hero menonton Prince of Persia: The Sands of Time. Dari segi jalan cerita hero rasa biasa je. Hanya tentang pisau ajaib yg boleh mengembalikan masa lalu. Gadis2 kat luar tu,kalau diorg tengok cerita ni,hanya nak tengok hero filem ni yang kononnya sangat hensem dipandangan mata mereka. Ceit,orang tengok cerita,dia sekodeng watak yang berlakon lak,hahaha..Dari segi aksi,lompat sana sini,boleh tahan la.Tapi hero tetap rasa Robin Hood tetap movie yang terbaik antara 6 movie yang hero tonton ni.




err..yang sebelah kanan tulah hero Prince of Persia yang jadi kegilaan ramai tu..awat semacam je hero tengok dia dengan mamat depan dia tu? hensem ka macamtu?
(adakah nada kejelesan hero sangat ketara?hahahaha)


*nota kaki bola: apa lagi cerita menarik yang akan keluar lepas ni ye?

Wednesday, April 14, 2010

Kerja Banyak


yes, memang hero tengah mengejar pelbagai dateline sekarang. semua nak kena setel dalam masa beberapa minggu ni. jadi, hero kena lebih fokus, siapkan semua kerja satu persatu..


Camni la perasaan hero sekarang,ha ha ha

Tuesday, April 13, 2010

Impian @ Mimpi?

Berimpian atau bermimpi? dua istilah yang berbeza tapi mempunyai maksud yang sama? hero pun ada impian atau mimpi hero. untuk masa sekarang,ada tiga impian yang hero nak laksanakan. ok,sebelum tu,hero nak tekankan,semua impian ni tak dapat menandingi impian hero yang teratas la,iaitu mengunjungi rumah Allah, di Mekah. tak kisah la,dapat buat umrah pun jadilah. janji hero dapat jejakkan kaki ke sana.

pertama,hero nak menonton perlawanan secara lansung yang membabitkan pasukan kegemaran hero, Liverpool di stadium Anfield, Liverpool, England. selama menjadi penyokong Liverpool, hero memang kagum dengan semangat yang ditunjukkan penyokong2 Liverpool di stadium keramat tu. sentiasa memberi semangat kepada pemain2 Liverpool. hero nak rasa sendiri gegak gempita sorakan di kelilingi peminat Liverpool sendiri. hero nak sama2 menyanyikan lagu u will never walk alone, nak sama2 menjeritkan nama2 pemain2, sama2 menjerit memberi semangat, sama2 memaki pemain pihak lawan,hahahaha..impian yang sebolehnya akan hero cuba untuk mencapainya.





Stadium Anfield






Suatu hari, hero pun akan berdiri di kalangan fans Liverpool di Anfield



kedua, hero nak sambung lagi belajar ke peringkat PhD. negara impian hero, New Zealand. mungkin hero rasa NZ sebuah negara yang cantik. menjadi impian hero juga nak bawak sekali mak ayah hero bersama2. hm,kalau dah kahwin, hero nak bawak sekali isteri hero,hehehehe..ini pun salah satu impian yang nak sangat hero tunaikan..



Peta New Zealand




salah satu tempat cantik di NZ - Anaura Bay, Gisborne


impian hero yang terakhir, hero nak beli tanah, hero nak buat rumah untuk hero dan keluarga hero.ya,buat masa sekarang,hero masih solo,sebab tu hero kena rancang dari sekarang. supaya bila hero dah berkeluarga,segalanya sudah tersedia. walaupun hero tau,mak ayah hero mungkin taknak,tapi hero nak juga ajak diorang tinggal dengan hero. hero nak senangkan diorang. biar hero jaga diorang sampai akhir hayat diorang.



tak boleh blah betul rumah impian hero? macam rumah dalam drama2 melayu je,hahahaha..ini gamba hiasan je,tapi kalau dapat rumah macam ni pun,ok gak kan,hehehe..ini baru dikatakan bermimpi,ahaks


semoga suatu hari hero dapat laksanakan semua impian hero. insyaAllah, dengan kuasa Allah, tak mustahil semuanya dapat dilaksanakan. yang penting,terus berusaha dan berdoa..

Wednesday, April 7, 2010

Buku

Hero suka jugakla membaca. Apa jugak bentuk penulisan yang boleh di baca, hero akan baca, termasukla majalah, novel, kertas iklan, papan billboard, suratkabar. tapi akhir2 ni, hero kalau baca suratkabar, terus baca yang bahgian sukan je. Muak nak baca yang depan, asyik cerita tentang cerita palsu dunia politik. dok memuji diri sendiri,hehehee..

Buku terbaru yang sedang hero baca sekarang bertajuk "Obama: Antara Islam, Israel & Amerika". baru baca tiga bab. 3 bab terawal ni masih bercerita tentang awal kehidupan beliau. tempat kelahiran, tempat membesar, dan pendidikan awal. Agak menarik,tapi masih belum habis2 gak lagi,hehehe..



Sebelum tu, hero baca buku tentang perjuangan Salahudin Ayubi. Bagaimana beliau membimbing tentera Islam, berjihad menentang tentera Kristian untuk menakluk Jerusalem. Di mana di situlah terletak masjid yg menjadi kiblat pertama umat Islam di dunia iaitu Masjidil Aqsa. Buku yang menceritakan kehebatan iman umat Islam terdahulu. Mencari syurga dengan cara mengejar jihad. Masya Allah..rasanya tak berjumpa lagi manusia yang sebegitu hebat imannya di zaman moden ni.



Selain dua buku di atas, ada beberapa buku lagi yang memberi kesan pada hero. Pertama,buku karya Allahyarham Nasir P. Ramlee, bertajuk "Bapaku P. Ramlee". Nasir menceritakan kehidupannya bersama P. Ramlee, dari beliau kecil hinggalah P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir. Betapa P. Ramlee seorang yang sangat menghambakan dii pada seni, sehingga beliau tidak mempunyai sebarang harta setelah kematiannya, sedangkan P. Ramlee adalah sebuah nama yang sangat besar. Seorang yang sangat pemurah,yang sentiasa cuba berbuat baik pada orang lain. satu petikan ayat yang masih tersimpan dalam hati hero,bila Nasir bertanya pada dia,kenapa dia masih ambil orang2 yang selalu kutuk dia,berlakon dalam filem2 dia.P Ramlee jawab "biarlah diorang tak suka Daddy, Daddy ttp suka diorang". betapa besarnya jiwa beliau. Hero pun nak jadi org berjiwa besar macamtu. Biarlah apa org nak wat kat kita, bkn hak kita utk membalasnya.

Dalam kita bergelak ketawa menonton filem2 lakonan dan arahannya, ada juga kisah duka yang di sembunyikan, yang tidak pernah di ketahui oleh orang luar. Hero memang peminat P. Ramlee. Tak pernah jemu menonton filem2 beliau, walaupun dah berulang kali disiarkan. dah boleh hafal dialog pun,hehehe.. Ada satu folder dlm pc hero yang penuh dengan lagu P. Ramlee je. Dia memang seorang lagenda..




Buku lain hero suka, "Tersungkur Di Pintu Syurga". Yang ni memang terbaikkk.. Di tulis dr pengalaman sebenar penulis buku ni ketika beliau masih di dalam al-arqam. Bagaimana perjuangan al-arqam yang bermula dgn perjuangan Islam,sikit demi sedikit terpesong hingga akhirnya di haramkan akibat penyelewengan ketua mereka, Ashaari. Sayang, kalau tak,arqam ni la yang mula2 kenalkan mee, kicap, tauhu dan mcm2 lg la, buatan orang Islam, yang mana sebelum ni semua produk tu di keluarkan oleh pengeluar bukan Muslim. Gara2 nafsu, kerja baik pun boleh terpesong..



Lagi, hero suka buku "Dua Wajah - Tahanan Tanpa Bicara". sebuah buku yang di tulis berdasarkan pengalaman sebenar Syed Husin Ali di tahan ISA dalam tahun 70an. Pengalaman ditahan di Kamunting bertahun2. Antara rakan2 beliau yang turut ditahan bersama beliau masa tu adalah Anwar Ibrahin dan Ibrahim Ali. Anwar dah jadi ketua pembangkang,perjuangan masih selari dengan Syed Husin, Ibrahim lak,nampaknya dari zaman kena tahan kat Kamunting pun,memang jenis yang boleh dibeli. Jadi..memang tak hairan lagi dengan perangai Berahim ni,hehehehe.



Buku terakhir hero nak cerita bertajuk "Buaya Mati Dua Kali". Ini buku fiksyen. Buku cerita tentang seorang pelajar lelaki bernama Ali ternampak satu pembunuhan,di tawan, di bawak naik ke atas kapal dan di bawa bersama untuk mencari harta yang di sembunyikan. Sepanjang pelayaran dan perjalanan mencari harta tu, Ali melalui pelbagai peristiwa ngeri dan menakutkan. Berhadapan dengan kekejaman penculik2nya, tapi akhirnya, Ali juga yang membunuh mereka. fuh,mmg sedap citer dia..


*gambar atas ni bukan kulit buku cerita buaya tu,tapi sebab hero dah tak jumpa gamba buku tu,hero ambik je la gamba buaya ni,ha ha ha



Nota Kaki Bola: Ikutkan,banyak buku yang dah hero baca. Tapi yang kat atas ni yang hero rasa betul2 best. Akan datang,hero nak cari buku "Natrah Cinta Rusuhan dan Airmata pulak".

Tuesday, March 9, 2010

????


Ok,ada beberapa perkara yg berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Jumaat, Wacana Ilmu Pendidikan. Ada tiga penyampai. Tesis pertama bertajuk Perubahan Budaya dan Organisasi Pembelajaran oleh Dr. Norazam Abd. Aziz dari Fakulti Pengurusan Perniagaan. Tesis kedua, "Contemporary Islamic Painting In Malaysia : 1980 to 2000" oleh Dr. ahmad Rashidi bin Hassan, dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. Tesis ketiga, tak tahu tajuk apa, apatah lagi,hero tak berapa faham apa yang disampaikan oleh penyampai,hehehe.. Secara keseluruhan, dua tesis terdahulu yang di sampaikan sangat menarik. Menambahkan ilmu yang masih kurang,mebuka minda terhadap sesuatu yang masih blm di jangkau.

Jumaat malam,hero balik kL,rumah ayah bonda. Ahad pergi kenduri kawin kawan serumah masa buat degree dulu. Sehari semalam perut hero memang dah terasa senak. Dan memang bersebab pun. Apa yang hero paling nak elak,itulah yang terjadi. Bertembung dengan bekas isteri di kenduri tu. Dia dengan husband dan anak mereka. Tanpa muka bersalah, menegur hero,dan duduk semeja dengan hero. Hampagas betul. Hero? Terus hilang selera makan. Tak lama diorang duduk, hero bangun dan terus blah.

Isnin, ex awek lak merayu-rayu ajak kembali. Apa cerita ni? Hero memang tak faham apa yang awek2 ni nak. Kita tatang dia bagai nak rak,dia layan kita sesuka hati. Dah buang kita,merayu nak kembali lak. Sudahnya,hero buat bodoh je. Tak bagi jawapan lagi. Tolong la,hero nak hidup aman dan gembira. Itu je..

Thursday, March 4, 2010

Badan Sihat Otak Cergas!

Pukul 1.15 a.m.
Hero baru sampai rumah dengan mood yang happy. Sebab? Team hero jadi juara futsal antara bahagian ye,hak hak hak..dan, yang lagi buat hero puas hati, hero sendiri dapat jaringkan 3 gol! Ok ok...3 gol je,tapi hero tetap puas hati. Macamni baru boleh jadi hero,kan?hehehehe..Team hero tunjukan persefahaman yang sangat bagus, walaupun kitorang tak sempat berlatih sama-sama. Terus je pergi perlawanan,hahahaha.. berbaloi jugak hero exercise minggu lepas,jadi mlm ni,hero kurangla sikit pancitnya.

Memang terbukti,bila kita dapat keluarkan peluh,otak kita pun jadi ringan. Terasa hilang segala kesedihan yang terbuku kat hati sejak pagi tadi. Jadi, kami dah setkan,minggu depan kami nak main lagi. Kali ni hanya untuk suka2. Hero nak cuba menjalani kehidupan yang lebih sihat. Kalau mengadap buku je, boring jugak. Harap-harap jadilah apa yang dah dirancangkan. Manalah tahu,masa-masa bersosial tu, ada lak terjumpa awek-awek yang cun, untung-untung hero boleh dapat heroin,muahahahahaa (kesitu lak pikiran hero,hahaahaha).

*sorryla, hero tak pandai lagi nak upload gambar masuk blog,so,takdela gambar hero yang menjadi hero tadi,hahahaha

Wednesday, March 3, 2010

Mood: Slenga

hahaha..Kenapa hero rasa slenga hari ni? Hm, yelah,mana taknya. Hari ni baru Rabu, tapi hero dah terima 2 berita yang membuatkan hati hero rasa ngilu. Pagi tadi berita terbaru yang hero dapat, terus hero rasa mood jadi spoil. Tapi hero ni macam artis gak,hahahaha...mood yang tak berapa cantik tu, kena hero tinggal kan di luar kelas. Di dalam kelas, hero tetap kelihatan biasa. Bergurau senda, usik mengusik, perli memerli dengan pelajar-pelajar hero.

Hero tetaplah kena jadi hero. Tak boleh jadi seorang pencundang. Apa pun dugaan yang datang, kena hadapi jugak. Kena redha dan sabar. Semua manusia akan di uji oleh yang maha esa, terpulanglah pada kita, macammana nak handle ujian tu. Hero sendiri berpegang pada kata-kata "setiap kejadian,ada hikmahnya. Kita takkan tau apa yang Allah nak bagi pada kita di masa akan datang. Yang penting kena sabar".

Ok, tak tau kenapa hero nak letak lirik lagu ni. Mungkin ni ada kena mengena dengan mood hero pagi ni kot,hak hak hak.. Jadi, selain dari mood slenge,ada gak mood jiwang sket ni,hahahaha.. Lagu ni selalu la hero dengar bila nak layan blues masa berpisah dengan ex-wife tu. memang sangat kena lagu ni dengan hero,hehehehe..so pagi ni tetiba hero teringat balik lagu ni,maka hero pun letakla lirik lagu ni kat sini


That's Why You Go Away


Baby won't you tell me why there is sadness in your eyes
I don't wanna say goodbye to you
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head

You're the one who set it up
Now you're the one to make it stop
I'm the one who's feeling lost right now
Now you want me to forget every little thing you said
But there is something left in my head

I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know

You were never satisfied no matter how I tried
Now you wanna say goodbye to me
Love is one big illusion I should try to forget
But there is something left in my head

I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know

Sitting here all alone in the middle of nowhere
Don't know which way to go
There ain't so much to say now between us
There ain't so much for you
There ain't so much for me anymore

I won't forget the way you're kissing
The feelings so strong were lasting for so long
But I'm not the man your heart is missing
That's why you go away I know
That's why you go away I know......

Tuesday, March 2, 2010

Pelajar sekarang

Senario satu
"Budak-budak sekarang ni lain. Tak sama macam zaman aku ngaja korang dulu."
Hero hanya diam mendengar kata-kata dari seniornya. Muka seniornya di renung, menunggu orang tua itu meneruskan kata-katanya".

"Diorang sekarang ni tak reti nak hormat kita lagi. Bodoh,tapi tak nak bertanya. Yelah,sejak syarat kelayakan masuk di rendahkan,budak yang tak berapa pandai pun boleh masuk U!"

Hero agak tersentak mendengar kata-kata keras yang keluar. Benaknya berfikir, pasti ada sesuatu yang di lakukan oleh student orang tua ni,mnyebabkannya menjadi sangat marah sehingga keluar perkataan yang tak sepatutnya dari sesorang seperti dia.

Senario dua
Hero duduk bersetentangan dengan bosnya. Hari itu dia telah dipanggil mengadap sebagai syarat diterima sebagai pekerja tetap.

"Berapa lama dah kamu kat sini?" soal bos hero secara tiba-tiba.
"3 tahun Datuk"
"Hm..tentu kamu dah mahir kan macamana nak handle student,nak tackle hati mereka. Apa cara yang kamu buat?"
"Er..saya cuba layan mereka macam kawan,Datuk. Saya nak sampaikan ilmu dalam keadaan saya rapat dengan mereka,supaya mereka tak segan bertanya,dan mereka boleh bincang apa saje dengan saya,tapi dalam masa yang sama,saya tekankan,antara kami tetap ada batas,kena saling menghormati" fuh,dengan konfiden hero menjawab.
"Hmm..bagusla..jarak umur kamu dengan mereka pun tak jauh. Saya nak kamu terlibat lebih lagi dengan pelajar ni. Kamu kena mainkan peranan juga dalam membentuk akhlak mereka ni. Student sekarang,biasalah,kalau pak guard yang tegur,diorang marah,tapi dengan pensyarah,diorang respect. Jadi kamu cubalah,tak banyak,sedikit,terapkan nilai2 yang baik pada mereka."

Dua senario di atas yang pernah terjadi pada hero,membuatkan hero berfikir. Benarkah pelajar sekarang begitu? Dah makin kurang ke nilai moral mereka? Hero bukan orangnya yang layak menghukum. Tetapi setelah tiga tahun berada di sini, hero dapat rasakan perkara yang sama. Masa zaman hero belajar, hero tak berani nak bergurau senda tak tentu pasal dgn pensyrah,mengusik pensyarah,tapi zaman sekarang, pelajar-pelajar kita dah tak segan silu,diorang pulak yang lebih-lebih usik hero. hero taula hero ni hensem,hahahaha. tapi sebab hero anggap diorang ni masih lagi budak2,hero takdelah nak ambik pot sgt. Cuma mungkin,pensyarah-pensyarah yang lebih senior, yang bergelar Doktor dan Professor,tak dapat terima keadaan ni. Apapun,memang hero dapat rasakan,tanggungjawab hero berat. Bukan setakat mengajar untuk menghabiskan silibus,dalam masa yang sama,bak kata bos hero,kena juga sedikit sebanyak menerapkan nilai-nilai murni,agar generasi muda ini akan menjadi generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

Monday, March 1, 2010

2 tahun berlalu

Tiba-tiba aku terjumpa balik blog yang pernah di cipta kira-kira dua tahun yang lalu,hehehehe..bila tengok tarikh,hmm..aku buat blog ni,8 bulan lepas bawak diri ke bumi hang jebat. Masa tu luka kat hati masih terlalu dalam. Aku baru berusia 27 tahun ketika itu tetapi sudahpun memegang gelaran "duda",hahaha.. Jujurnya, sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan apa yang telah terjadi,tapi hero tetap kena jadi hero,kan. Kena tetap bangkit walau dugaan yg di terima terlalu berat rasanya.

Mengimbas apa yang telah berlaku, aku sebenarnya tidaklah boleh membawak diri ataupun melarikan diri. Sebab apa? Sebab tempat aku mencari rezeki sekarang,merupakan tempat yang sama aku dan dia belajar satu ketika dulu. Tapi kata orang,untuk sembuh,kita perlu berhadapan dengan kesakitan terlebih dahulu. Itulah yang aku lalui. Sakit menghadapi kenangan yang pernah wujud antara kami di sini. Untuk tidak terus hanyut, aku sentiasa cuba untuk menyibukkan diriku. 3 November 2007, aku menyambung pelajaran peringkat Sarjana di UPM. Siang aku mengajar, malam aku pula belajar. 3 hari seminggu,aku akan berulang-alik dari bumi hang jebat-UPM-bumi hang jebat. Letih wooo..assignment berlambak,kerja kat ofis menimbun,tapi aku happy dengan kesibukan tu. Tak cukup sibuk lagi? Aku join lak sukan,main sampai Terengganu, Perlis. 2 tahun aku sibuk dengan study, hidup yang agak tunggang langgang,bulan 10/2009 akhirnya habis gak study aku. Aku dapat lupakan dia?nope,still i can't.

Bulan2 pertama sejak habis study,seriously,aku jadi macam orang bodoh,hahahaha..bukan apa,aku dah terbiasa sibuk,tiba2 ksibukan tu dah hilang,aku macam tak reti nak buat apa2.hidup aku,pagi bangun,pergi ofis,masuk kelas,tengok tv,main game,main internet. Isk,tak berkembang minda mcmni,hahahaha..Tapi aku dapat rasakan,semangat aku makin kuat. Yelah,aku dah lalui pelbagai kesusahan,aku lalui semua kesusahan tu sendiri (dengan izin Allah), sekarang,aku cuba untuk hidup dengan aman. Untuk melupakan dia? Belum boleh lagi buat masa ni. Hanya sekadar mengingati je lah,takde lebih dari itu. Dia pun dah kawin dengan orang lain. Dah ada anak sorang. Jadi,aku doakan kebahagiaan dia. Apapun yang dia pernah buat semasa dia menjadi isteri aku suatu masa dulu,aku ampunkan dia dunia akhirat. Semoga dia bertemu kegembiraannya,dan begitu jugalah dengan aku.